­

SELFPUB ORDER

Boleh dapatkan terus dari penulis selagi stok masih ada.
Contact Writer: FB (klik)

BAKI STOK: terjual dari 300 cetakan
Tajuk: Cerpen Seram Sihir
Muka Surat : 123ms
Paper: Paperback
Terbitan: 2018
Status: Limited Edition
Harga: RM 15.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

SINOPSIS
SERONG- Illya Abdullah
---------------------------
RUZAIR pelukis yang gemar bersendirian mencari ilham. Sebuah banglo di tepi jalan menarik perhatian Ruzair. Lalu dia menyewa di situ. Keindahan yang dikecapi hanya sementara. Mimpi aneh dan ngeri mula menganggui tidur Ruzair. Malah dia juga mendengar suara-suara misteri dalam keadaan jaga. Keadaan yang berterusan menyebabkan Ruzair merasakan ada yang tidak kena kepada dirinya.

Perkara aneh yang dialaminya itu diadukan kepada satu-satu saudaranya, Rafael. Seorang doktor psikitari ditawarkan kepada Ruzair tetapi ditolak kerana Ruzair percaya dirinya msih siuman. Keakraban Rafael dengan Wanda mula mencambahkan satu perasaan tidak senang dalam hati Ruzair. Ruzair mula turut meragui hubungan antara tunangnya dan adiknya, Rafael.

Ruzair mula dalam ketakutan dan gelisah. Suara-suara misteri semakin kerap menganggu deria pendengarannya. Dia tidak betah melelapkan mata di malam hari. Perubahan Ruzair mula membimbangkan Rafael. Rafael mengatakan Ruzair tidak siuman. Ruzair tetap merasa dia masih waras. Dan dia mencari kaedah lain untuk merawat sakit misterinya itu. Seorang lelaki tua memberikan pertolongan. Penyakit misterinya itu melibatkan sihir. Siapa yang menyihir Ruzair? Rafael? Wanda? atau ada orang lain yang sengaja mahu mengenakan dia.

SASAU - Ninie Othman
--------------------------
Kelebihannya dan kebijaksanaannya telah mengundang ramai kawan dan juga musuh. Akibat dari perasaan hasad dengki yg meluap-luap Sam akhirnya telah berjumpa dengan seorang dukun untuk mendajalkan Zafry.

Kehidupan Zafry mula berubah. Dia menjadi tidak tentu arah dan sering diganggu dengan bisikan-bisikan aneh. Pelajaran dan perniagaannya mula terjejas teruk. Apa yang dia mahukan ialah tempat yg sunyi dan gelap sehingga dia terasing dari manusia-manusia lain.

Sam tersenyum, ya dia mahukan Zafry menjadi SASAU!

ABADI - Syasya Bellyna
---------------------------

Sentiasa berpakaian sama dan tidak pernah mandi membuatkan kejiranan mengatakan Thalia tidak waras. Setiap malam Thalia menjerit sehinggalah suatu hari, tidak kedengaran lagi suaranya. Thalia menikam sendiri sepasang mata kerana tidak tahan untuk terus menyaksikan makhluk halus yang sentiasa berlegar di sekelilingnya. Thalia berubah menjadi pendiam.

Mawar, sepupu Thalia datang melawat dan menjaga Thalia yang sudah lama tidak ditemuinya sejak tadika. Thalia tampak biasa seperti yang dikenalinya dulu namun sikap negatif Mak Uteh terhadap Thalia tidak disenangi Mawar sehinggalah Mak Uteh ditemui mati di kebun bunganya.

Hari kematian Mak Uteh adalah hari di mana Thalia mula bersuara. Ketika itu Thalia mula bercerita tentang sebuah rahsia.


recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe