GET A PUBLISHER or SELF-PUBLISH
March 18, 2021Hello, tetamu blog. Jika anda sudah sampai ke sini, bermakna anda sedang memikirkan pilihan untuk menerbitkan karya.
Ketika saya menjadi penulis baru, soalan ini juga sering bermain difikiran. Saya sangat gementar ketika mengambil keputusan untuk meletakkan anak-anak (manuskrip) saya dibawah jagaan orang lain. Kerana keputusan itu menentukan masa depan kamu sebagai penulis.
Sebenarnya saya sudah memberikan jawapan didalam post proposal karya fiksyen yang disukai editor. Tidak sukar untuk menerbitkan karya. Hantar saja proposal atau manuskrip, tunggu saja penilaian daripada pihak rumah penerbitan. Jika ingin menerbitkan sendiri, pilih cara swaterbit.
Penulis boleh membuat pilihan sama ada ingin memilih salah satunya atau menggunakan kedua-dua cara untuk projek berbeza. Mari kita kupas pro dan kon dikedua-dua pilihan.
Saya sedang mendengar lagu BlackPink, You Never Know sambil mengimbas kembali memori suka duka menerbitkan karya. Itu semua pengalaman. Ya, cuaca baik hari ini. Hujan lebat sama seperti kisah lalu dalam perjuangan ini. Fufufu Sobs...
#ASK: Apa yang saya selalu nampak, pelajar UUM banyak yang berbakat dalam bidang penulisan terutama penulisan berkisarkan kisah seram. Boleh tak Syasya kongsikan sedikit bagaimana mereka hendak menerbitkan buku hasil penulisan mereka? Mungkin ada cara dan tips daripada Syasya sendiri? (Kelab Pendita, UUM)
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Get a Publisher?
THE CONS
1. Proses Yang Perlahan
Menunggu giliran terbit setelah manuskrip kita diluluskan. Pengalaman paling lama saya ialah hampir dua tahun menanti giliran. Sekarang saya menunggu hanya beberapa bulan. Hanya berhalangan jika antara rumah penerbitan ingin menerbitkan karya saya terlebih dahulu. Ada yang mengambil tempoh sebulan saja untuk editing dan masuk ke kilang untuk diterbitkan pada hujung atau awal bulan. Kita tidak boleh menjangka. Perbezaan bulan antara karya untuk diterbitkan juga akan bertambah lama apabila penulis menghantar banyak karya ke rumah penerbitan berbeza.
2. Kreativiti Di Kawal
Betul ke? Fufufu Ya, jika editor yang bertanggungjawab ke atas manuskrip kamu sejenis tidak sekepala dengan kamu. Wujud penulis yang tidak gembira kerana tajuk, jalan cerita yang diubah, cover buku dan cara pemasaran rumah penerbitan.
Makanya nasihat saya, jadilah penulis terbaik. Tulis kisah yang editor sendiri tidak dapat menghalang anda untuk maju ke depan. Pakai topi penulis, topi editor dan topi pembaca berulang kali. Sekurang-kurangnya mempertahankan bahagian isi cerita. Berbincang dengan mereka secara baik jika masing-masing berkeras. Mungkin kamu mudah kalah kerana diri kamu hanya penulis baru. Kalau kamu okey untuk meneruskan karya diterbit bawah rumah penerbitan dan menerima aturan, tidak apa-apa. Ada sesuatu yang kamu harus lepaskan demi menerbitkan karya.
3. Kadar Royalti Rendah
Setiap rumah penerbitan berbeza peratus bayaran royalti buat penulis. Ada yang rendah kadar royalti namun diberi bayaran penuh selepas sebulan. Ada yang standart rate tapi tunggu berjanggut atau tarikh ranum. Berbeza cara bayaran selepas cetakkan kedua, mengikut jumlah jualan buku pula. Lihat dulu rumah penerbitan yang mana. Namun, bersedia saja jika bayarannya tidak sesuai jangkaan kerana kita tidak dapat meneka ragam pasaran.
4. Kekurangan Bantuan Pemasaran
Ini yang selalu menjadi topik perbincangan dikalangan penulis. Ya, ramai penulis hanya mahu menulis sahaja yang bermaksud urusan selebihnya adalah tugas penerbit. Kita juga harus menerima hakikat bahawa rumah penerbitan mungkin saja tidak mengutamakan kita sebagai salah seorang penulis yang termasuk dalam bajet promosi. Nasihat saya, dari awal penulis perlu memfokuskan pada marketing dan branding pada diri sendiri. Bantu diri kamu sendiri. Penulis Malaysia bukan semua kaya raya dengan hasil jualan buku. Antara sebab penulis menghantar karya ke rumah penerbitan adalah kerana mereka tidak mempunyai modal untuk mengupah sales team atau tidak mengetahui sistem jualan antara agent yang mereka perlu lantik sendiri.
Bagaimana melakukan marketing dan branding diri? Kita akan kupas dilain kali.
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Penulis harus ambil serius tentang kontrak. Fikirkan kerja keras kamu untuk sampai di plotform ini dan usaha membangunkan brand kamu sendiri.
Look at the do not compete clause. Nama pena, lanjutan siri novel yang sama dunianya, sama setiap wataknya, Hati-hati jika anda berniat untuk menulis karya siri namun dalam kontrak mereka mahu memegang semua sirinya dan tidak membenarkan penulis menerbitkan karya lain dengan rumah penerbitan lain. Malah boleh menafikan hak untuk terbit sendiri.
Ada rumah penerbitan yang mahu mengekalkan nama pena penulis sebagai hak exclusive. Jika penulis tidak mahu mempunyai banyak nama pena, usahakan cara lain untuk menerbitkan karya. Ada banyak lagi rumah penerbitan yang tidak memegang nama pena penulis. Membina brand-name tidak mudah. Lihat juga jika ada syarat yang lebih banyak merugikan penulis.
Lihat term contract and the reversion clause. Ada karya yang dicetak mengikut POD atau ebook. Bimbang tiada lagi cetakkan buku seterusnya sedangkan pegangan hak cipta terlalu lama.
Fikirkan susah payah anda dan masa yang diluangkan untuk sebuah manuskrip. Adakah berbaloi? Tidak sedihkah jika melihat buku anda tidak dicetak lagi walhal masih ramai calon pembaca yang bakal menyukai karya anda. Bagaimana mereka mahu mendapatkan karya anda sedangkan produknya tidak akan di reprint lagi. Baru cetak sekali dan tidak mahu mencetak lagi. Tidak cukup jualannya.
Ibarat ia seperti sebuah perkahwinan. Kamu tidak merancang untuk gagal cuma hubungan tidak akan berhasil. Sedangkan kamu yakin jika diusahakan, kamu mampu pergi lebih jauh. Dan kamu rasa kamu boleh melakukannya lebih baik. This is really big deal.
Jangan mengambil bulat-bulat tawaran dengan sejumlah wang yang tidak memadai semata-mata anda rasa bersyukur karya anda diterbitkan. Ia akan memakan jiwa kamu dalam jangka panjang. Ingat itu. Rumah penerbitan bukan badan amal. They are not doing you a favor by publishing your books. Mereka adalah ahli perniagaan. Mereka hanya mahu membuat duit.
Ketika saya berbual dengan pembaca, Saya bertanyakan tiga perkara. Apa buku kegemarannya, nama penulis dan nama penerbit. kebanyakkan dari mereka menjawab dua perkara. Tajuk dan nama penulis. Mereka tidak ingat nama penerbit. Mereka membeli buku bukan kerana penerbitnya. Penerbit, nama penerbitan dan imprints hanya bermakna kepada penulis dan keduanya di dalam industri. Makanya pilihan rumah penerbitan hanyalah sesuatu pencapain dan memberi makna kejayaan kepada penulis. Pembaca tidak memikirkan hal itu pun.
Sampai perenggan ini saya sudah mulai lapar. huhu
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Should I Self-Publish?
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
![]() |
Patut atau tidak saya memilih self-publish sebagai salah satu cara untuk menerbitkan karya? YES! Saya sangat menggalakkan jika anda ingin menjadi penulis sepenuh masa dan menjadikan ia kerjaya utama. |
0 comments