­

SERIES 1-DAY

March 18, 2021


Renungan mata, tiap bicara dan tingkah laku. Aku terpana. Dia bagaikan mentari yang menerangi bumi walau muncul hanya disiang hari. Yang paling indah dan paling mengujakan. Bulan pun tidak mampu menandingi kecantikannya. Namun itu hanya luaran. Hakikatnya dia sebahagian dari kisah silam yang cuba menjejak masa depan.

Mahluk di depan mataku ini berjaya menarik kembali memori lama yang telah aku lupakan. Memori yang menikam hati. Zeta, kekasih lama yang telah mati. Insan yang membawa kegembiraan dan meninggalkan segunung kesedihan dalam diri. Dan kebencian itu diwarisi kepada gadis semirip Zeta. Delly.


Delly, jangkaanku usianya diakhir 20an. Kulit mulus. Bibir merah menguntum bak bunga mawar yang hanya ada di bumi. Ah! Itulah pernilaianku pada Zeta pada pandangan pertama.


Pertemuanku dengannya tanpa sengaja. Ketika melihat bumi dan bulan saling bertentangan, aku terpandang raut wajahnya di sebuah lokasi di bumi. Kali kedua aku datang ke tempat yang sama untuk melihatnya lagi. Mungkin sebelum ini aku tersalah sangka dan yakin bahawa aku mengalami halusinasi. Tenyata dia wujud!


Aku begitu obses untuk mengetahui kenyataan sebenar. 20 tahun mengikut masa di bumi telah berlalu sejak kali terakhir aku menemui Zeta. Apa yang membinggungkan, Zeta telah mati. Adakah wanita yang aku lihat itu adalah Zeta yang masih hidup atau hanya rupa paras yang sama. Jika benar wanita yang aku lihat di bumi itu Zeta, kenapa dirinya tidak dimamah usia yang mana secara fitrah alam bagi bangsa manusia akan berubah rupa setelah tua?


Tanpa jawapan, aku sengsara. Fikiranku dipenuhi soalan. Lalu aku mula menyiasat. Dia bekerja di Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat. Dia sering berkomunikasi dengan angkasawan Dr. Azren di bulan. Aku mencuri dengar perbualan mereka melalui mesej yang dihantar. Aku tahu apa tugasnya dan aku juga mengetahui bahawa doktor Azren adalah tunangnya.


Aku sering ke bulan untuk mengambil tahu siapa doktor Azren. Akibat keterbatasan waktu untuk ke bumi bertujuan mengambil tahu tentang Delly, aku terpaksa menjadikan Azren sebagai sasaran. Kerana aku juga tidak boleh berjauhan dari kerajaan dibawah pimpinanku.


“Doktor Azren?” 

Suara Delly menghentak lamunanku. Aku memasang telinga.

“Ya Delly,” jawab lelaki berkulit cerah itu.

“Saya dan beberapa orang krew akan berlepas ke bulan.”

“Pemohonan awak ke sini sudah diluluskan?”

“Ya, akhirnya krew Pittera IV dapat ke sana.”

“Alhamdullilah. Sudah tujuh tahun kita tidak berjumpa.”

           “Jangka masa yang terlalu lama. Saya rindukan awak.”

Kata-kata Delly diakhiri dengan segaris senyuman.

“Aku menanti kedatangan kau,” kata Azren. 

Aku bingkas bangun dan meluncur terbang membelah angkasa ke dunia kelahiranku. Marikh!

 

◦•●LOΌNA●•


HARI yang dinanti tiba. Kapal angkasa Piterra IV mendarat dikawasan lapang berdekatan kem Aprilla. Lima orang keluar dari kapal menuju ke pintu masuk kem. Aku memerhati mereka dari jauh. Empat lelaki dan seorang wanita. Pasti itu Delly!

Aku melompat dan mendarat di tepi jendela. Debu-debu berterbangan. Aku terlupa bahawa disekeliling kem itu sudah dipasang alat untuk mengesan sebarang pergerakkan. Misi mereka untuk mencari kehidupan. Dan aku adalah kehidupan yang mereka belum sedari. Namun, beberapa minit menanti, tiada apa yang berlaku. Mungkin mereka menyahaktif alat pengesan pergerakkan kerana krew Pittera IV.


Aku menjengah. Lantas wanita bernama Delly mencuri perhatian. Dia bersalaman dengan semua krew dan berdiri di sebelah Azren. Melihat mereka membuatkan aku terkenangkan saat bersama Zeta.


Repost: Oct 22, 2013


BERSAMBUNG...

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe