BTS: 1-DAY
March 18, 2021Marikh, sebuah planet yang berjaya menarik perhatian saya sejak diusia 11 tahun. Kerana planet ini, minat terhadap astronomi dan arkeologi berkembang dalam diri. Diikuti minat terhadap rahsia yang tersimpan di angkasa. Pernah bercita-cita menjadi angkasawan tetapi takdir tuhan menetapkan perjalanan yang berbeza. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Mungkin tangan ini hanya mampu menyentuh komputer dan berkongsi ilmu dengan manusia lain dan bukan memegang bendasing dari angkasa.
Marikh. Pengkaji
namakan planet ini sempena nama dewa peperangan tamadun ROM, Ares (Kreativiti
orang barat). Mempunyai dua bulan iaitu Phobos dan Deimos. Jarak dari matahari,
227.9 juta kilometer.
Selain
bumi, planet Marikh dipercayai mempunyai kehidupan. Mereka gelar Martian. Wow,
manusia hanya perlukan bukti wujudnya tamadun mahluk Marikh. Jika ada rupa
sedikit, boleh bergerak, mereka gelar Martian. Oh ya, Marikh ada air? [klik]
Kerana andaian, saya berimaginasi di dalam
karya fantasi 1-DAY. Jika kehidupan di Marikh sama seperti yang ada di bumi,
agaknya manusia sanggup berpindah ke Marikh dan menetap di sana kerana bumi
sendiri semakin nazak.
Jika penduduk asal Marikh mempunyai ciri-ciri kejadian manusia, mungkinkah ada percintaan antara dua bangsa. Namun, sehebat mana bangsa itu, mereka tidak dapat menandingi ciptaan Allah yang paling unik iaitu MANUSIA.
9 fakta menarik tentang Marikh
Pertama, planet Marikh
memiliki gunung yang terbesar dan tertinggi di seluruh Sistem
Suria. Gunung
tersebut dinamakan ”Olympus Mons” dan berupa gunung
berapi yang tidak aktif. Ketinggiannya mencapai
15.5 batu dengan diameter 372 batu lebar.
Sebagai perbandingan, ketinggian Gunung Everest sekitar 5 batu.
Planet Mars juga mempunyai jurang terbesar dalam
sistem suria kita yang diberi nama sebagai
“Valles Marineris” dengan panjangnya sejauh 2500 batu pada
kedalaman 4 batu.
Kedua, ramai orang selalu berfikir tentang adanya kehidupan di Planet Marikh kerana kewujudan kanal yang terlihat pertama kalinya oleh ahli astronomi.
Inilah sebabnya kenapa ramai
orang selalu berfikir tentang serangan makhluk luar angkasa
yang dikatakan berasal dari sini, dan bukan dari
Planet Jupiter atau Venus. Sebenarnya, Planet Marikh
merupakan salah satu planet yang sukar untuk
dihuni kerana suhunya yang membeku, cahaya
matahari dan hampir tidak ada atmosfera untuk kehidupan
hidup. Rangkaian garisan yang dilihat oleh ahli
astronomi pada awal-awal pemerhatian mereka berbentuk
garis lurus yang diyakini oleh para ahli saintis bahawa
kemungkinan terdapat air di sana.
Ketiga, planet Marikh dinamakan berdasarkan nama Dewa Perang Rom kerana warnanya yang merah telah mengingatkan pemerhati akan warna merah darah.
Planet Mars berwarna merah disebabkan oleh tanahnya yang terdiri
daripada oksida besi yang biasa kita sebutkan di Bumi sebagai karat
Keempat, dibandingkan dengan planet lain dalam
sistem suria kita, Planet Marikh adalah sebuah
planet yang kecil. Ukurannya sekitar setengah
daripada ukuran Planet Bumi. Planet Marikh memiliki satu
pertiga daripada graviti bumi, yang bermaksud anda
boleh loncat tiga kali lebih tinggi
daripada lompatan anda di bumi.
Kelima, pada tahun 1970-an,
Kapal Viking mengambil gambar sesuatu yang dilihat sebagai muka
raksasa dan bentuk piramid dipermukaan Planet Marikh pada bahagian
Daerah Cydonia.
Gambarnya kelihatan seperti Sphinx di
Mesir dan memiliki ketinggian sekitar 2000 kaki. Penemuan ini
membuatkan para pemerhati UFO tertarik,
tetapi para penyelidik menyatakan bahawa
itu hanya sekadar hakisan tanah. Ramai orang masih lagi berfikir
seandainya bentuknya terlalu simetris, maka ia menganggap itu merupakan
bukti kewujudan makhluk asing atau peradaban manusia yang tertinggal disana.
Ada kemungkinan namun masih belum pasti.
Keenam, planet Marikh memiliki cuaca
yang extreme. Di sana terdapat badai angin yang ganas, badai debu dan ribut
taufan kecil. Pada tahun 2001, badai debu yang sangat besar menutupi seluruh
permukaan planet selama beberapa hari. Peneliti agak kebingungan mengapa planet
dengan sedikit kadar atmosfernya dapat memiliki badai sebesar itu. Mereka tidak
tahu apakah yang menyebabkan terjadinya badai di sana, tetapi di sana akan
terjadi lebih banyak badai ketika Planet Marikh mendekati matahari. Dan
pada bahagian yang lebih jauh dari orbitnya, terdapat awan ais yang terhasil
daripada karbon dioksida dan debu. Ini juga merupakan suatu keanehan
memandangkan Planet Marikh tidak terdapat permukaan yang berair. Cuaca Planet
Marikh tahun 2001 yang ekstrim
Ketujuh, telah dilakukan ekspidisi² bagi mencari bukti adanya kehidupan dan air di Planet Marikh. Setelah bertahun-tahun meneliti setiap retakan di permukaan planet marikh sebagai mencari bukti daripada kewujudan air, para penyelidik akhirnya menemuinya.
Misi Phoenix mendapati bahawa terdapat endapan ais didalam jumlah yang besar di bawah permukaan planet marikh yang memungkinkan pernah ada kehidupan di atas planet berkenaan.
Kelapan, planet
Marikh memiliki dua buah bulan yang mengorbitnya. Salah satu bulannya ialah
Phobos, memiliki orbit yang dekat dan membahayakan Planet Marikh itu sendiri.
Suatu hari nanti mungkin daya gravitinya akan menarik Bulan Phobos dan
menghentam Planet Marikh. Serpihannya akan tetap berada di orbit Planet Marikh
dan menghasilkan cincin seperti di Planet Saturnus. Dan akhirnya, serpihan
tersebut akan jatuh ke permukaan Planet Marikh. Para peneliti tidak tahu hal
tersebut akan terjadi bila, tetapi mereka memprediksikan akan terjadi sekitar
50 tahun lagi.
Kesembilan, hanya 1/3 daripada seluruh misi ke Planet Marikh yang Berjaya.
Banyak misi ke Planet Marikh yang hilang begitu saja yang membuatkan para penyelidik berasa hairan dan berfikir mungkin ada sesuatu yang aneh berlaku di sana. Mereka juga berpendapat bahawa Planet Marikh boleh dikatakan sebagai ”Segitiga Bermuda” dalam Sistem Suria kita.
Repost: 31 Oct 2013
Ihsan google
Nota Syasya
5.15AM
0 comments