BLOGGING
March 22, 2021Saya menyukai blog kerana kandungan boleh dilakukan berkala untuk dibaca oleh pengunjung. Apabila content dipos secara konsisten, ia akan menarik perhatian pembaca dan memberi kesan kepada traffic. Ini antara cara terbaik untuk branding penulis. Pembaca pun mudah mencari post yang ingin dibaca. Di blog juga saya berasa lebih dekat dengan pembaca/fanwork kerana mudah untuk berinteraksi dua hala. Ada bahagian side bar, box chat with me dan bahagian komen dibawah post.
Blog juga seperti portofolio penulis yang menunjukkan segala hasil kerja, testemoni pelanggan dan potensi untuk berkembang lebih jauh. Anda menunjukkan nilai anda. Ia menaikkan reputasi penulis dalam bidang penulisan. Tidak diragui.
Theme blog sentiasa berubah-ubah dan design daripada compartidisimo menjadi pilihan kegemaran saya sebelum blog yang ada lawati ini diwujudkan. Pelbagai widget diletak buang. Banyak melakukan try and error. Berjam-jam membelek blog. Pengalaman yang mahal bagi saya.
- Blog Peribadi: Diawal kemunculan blog, platform ini banyak digunakan untuk tujuan peribadi. Kerana itu ia dikenali sebagai jurnal online. Semua perihal peribadi dikongsi tanpa ada batasan sehingga ada yang menghasilkan sebuah buku menggunakan catatan harian di blognya.
- Blog professional: Terisi content yang menunjukkan professional pemilik tentang kepakarannya.
- Blog perniagaan: Menggunakan blog/web log kerana lebih dinamik dan kemaskini content tanpa batas. Berbeza dengan website yang hanya terisi tentang maklumat produk. Calon pembaca menemui anda dengan mudah melalui carian di google hanya menggunakan kata kunci. Contoh keyword. Blog anda menjual buku seram. Anda membuat content tentang cerita seram, cara menjaga buku lama, lubuk mencari buku murah dan sebagainya. Kamu mendapat trafik daripada organic search menggunakan content marketing. Jika saya yang melakukan search, saya mencari malumat produk dulu sebelum membeli. Keyword yang saya letakkan akan menghubungkan setiap yang berkaitan sehingga saya ternampak produk dan content yang ditawarkan.
- Weebly: Antara pilihan pemula jika ingin laman web peribadi dan perniagaan mandiri. Ada SEO maka lebih mudah untuk carian dan organic traffic. Namun ia bukanlah platform blogging tapi website-builder.
- Blogspot: Saya suka menggunakan platform ini kerana ianya mudah digunakan oleh pemula. Ia diperkenalkan pada tahun 2003. Hanya memerlukan acc google atau gmail. Saya boleh meletakkan banyak jenis widget dan menukar rupa blog semudah abc. Saya akui, saya lebih berminat dengan luaran blog berbanding performant pada ketika itu. Waima sekarang pun saya masih menggunakan blogspot namun muka depan blogspot lebih simple dan bersih. Untuk permulaan buat penulis, boleh saja gunakan blogspot untuk membiasakan diri sebelum memilih platform lain.
- Wordpress.com/org: Buat mereka yang mahu platform percuma selain blogspot. Wordpress juga ada menyediakan hosting dan domain berbayar. Kamu akan dapat domain yang kelihatan lebih professional. Kamu juga bebas menggunakan tema dan meletakkan plugin percuma atau berbayar (wooCommerce, SEO, media sosial, perlindungan spam dan banyak lagi). Bebas meletakkan iklan etc. Tidak tersekat seperti mana Wordpress percuma. Banyak kelebihan lain buat Wordpress berbayar. Alang-alang, langgan saja Wordpress yang berbayar jika ada modal. Anda bebas menggunakan banyak kelebihan dan dengan platform berbayar, anda dapat menjana lebih pendapatan tanpa terhalang disebabkan kekurangan dari blog percuma.
a) Affiliate Marketer
Apa itu affiliate? Ia adalah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Kamu mempromosikan produk orang lain sebagai orang tengah. Kamu boleh membuat review, pengalaman atau apa saja topik yang diminta pelanggan. Contoh...
Affiliate marketer: Saya
Affiliate manager:
Penulis
Link Affiliate: Blog, social media
Saya gunakan blog dan social media untuk membuat review buku dan ebook untuk penulis yang menggunakan khidmat saya. Ketika zaman kemuncak genre seram naik, saya sering menggunakan cara ini untuk mempromosikan karya penulis lain melalui review tetapi secara percuma. Kenapa percuma? Kerana review adalah untuk penulis daripada team yang saya sertai juga. Ia juga seperti sponsored post.
b) Freelance di Websites/Blog
Tidak mempunyai blog pun tidak apa-apa untuk freelance di blog orang lain (tapi saya sarankan anda ada blog sendiri kerana blog mengumpul portofolio anda). Anda hanya perlu memohon di website yang memerlukan penulis. Antaranya, Sirap Limau dan Mau Kerja. Di Facebook Group Malaysia Copywriter juga anda boleh mencari potential customers.
Pernah dengar penulis copywriter menjadi millionsire setelah menyertai freelance job? Tahukah anda freelance job sebagai copywriter menerima bayaran kedua tertinggi selepas software developer per hour? Anda juga boleh menyediakan khidmat penulisan dengan mengiklan diri di tempat berikut:
Freelance websites for writers
Fiverr (Kebanyakkan blogger
menyiarkan khidmat penulisan di Feverr)
Salah seorang freelance copywrite ialah Alex Fasulo. Seorang Fiverr Millionaire. "Offering services doing what you love is one of the best ways to earn money online."
c) Sponsored Post
Menulis artikel atau advertorial (advertisement + editorial) tentang perkhidmatan, produk dan sebagainya. Anda perlu memberitahu pembaca bahawa anda melakukan review berbayar.
d) Web-flipping
Anda bangunkan blog, kumpul pelawat dengan menyediakan banyak content writing yang baik dan jual kepada yang berminat. Namun, ia memerlukan masa yang panjang. Sama seperti mereka yang menjual social media setelah mengumpulkan followers yang ramai.
e) Ejen Dropship
0 comments