­

KEMBARA MISTIK 2.0: KEBAYA (KAIT INANG)

January 14, 2021

 

Alhamdullilah, syukur kepada Allah. Akhirnya karya terbaru saya telah diterbitkan dibawah penerbitan Fajar Pakeer. Saya bekerjasama dengan dua penulis hebat Malaysia iaitu Rhea dan Maria Kajiwa di dalam projek Kembara Mistik. Saya membawakan sebuah kisah yang bertajuk Kait Inang. Ia merupakan karya kesinambungan daripada karya terdahulu saya iaitu Wujud. Ya, kisahnya pendek namun cukup untuk fanwork melepaskan rasa rindu untuk sementara waktu. Mungkin suatu hari nanti karya solo untuk karya ini akan benar benar menjadi kenyataan dan diterbitkan. 

Karya ini sudah berada dipasaran dengan harga RM I3(sm)/RMI6(ss). Berikut adalah sinopsis:

KEBAYA TELEPOK MERAH - Maria Kajiwa

"Kasaku bukan kasa biasa, kasa kujemput dari gunung, sulamku bukan sulam biasa, sulamku menikam urat jantung. Benang bertemu benang, kain ditujah-tujah... Sayang bertemu sayang... jasad bermandi darah.

Sebelum jarum ditujah, matanya dicelup dengan darahnya sendiri. Bunga telepok yang disulam semakin merah.

Pakai bukan sebarang pakai, pakai memakai naik seri, seri naik bersama dendam, dendam naik mengambil nyawa..."


KAIT INANG - Syasya de Luna

Delima mengerling ke arah Inang Merah yang sedang menjilat-jilat kotoran di kawasan yang menjadi tapak aktiviti pemujaan.

"Jika kau tahu, apa yang akan kau lakukan?" Inang Merah.

"Aku akan bunuh semua keturunan Inang Merah sehingga kau tiada pilihan selain taat kepadaku." - Delima.

Kain kafan Manis diselak. Delima tidak peduli dengan bau jasad yang sedang dimamah ulat.


PRIMADONA - Rhea

"Aku masih cantik." Manisah.

"Aku akan buktikan yang aku masih layak menjadi watak utama di atas pentas."

Susuk bayang seorang wanita berada di belakang Manisah. Lemah gemalai dia menari di atas pentas menjadi persembahan yang menawan hati. Dada Manisah semakin sakit. Darah mengalir di bucu bibir. Dia rebah. Lirikan mata dia merenung ke arah seseorang.


Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0?

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe