­

TUJUH RAHSIA PENULISAN

November 03, 2020

 

Tujuh rahsia penulisan daripada penulis-penulis terbaik seluruh dunia.

1. Penulis terbaik berjuang untuk menguasai diri sendiri"Mahukah kamu mempunyai empayar yang hebat? Diperintah oleh kamu sendiri?” Publilius Syrus. Penulis yang sentiasa bergantung kepada tenaga/semangat orang lain (loser that always relies on inspiration from others to get to work), atau mengatur diri dan melaksanakan target yang telah disusun. Jika mahu menulis, kuasai diri kamu sendiri. Tiada sesiapa yang sempurna namun mampu menguasai diri adalah seseorang yang boleh mendominasi industri. (Tip ini bagus namun setiap penulis mempunyai personaliti yang berbeza. Cari kekuatan personaliti kamu dan baiki kekurangan yang ada.)

2. Penulis terbaik adalah orang yang sentiasa membaca buku terbaik. “Banyak membaca. Membaca dapat membantu. Baca apa saja yang kamu mampu capai.” JK Rowling. Jika kamu tidak membaca bahan mentah terbaik dan semua input, bagaimana kamu ingin menghasilkan output yang hebat? Sentiasa mencari bahan bacaan yang sesuai keperluan. (Jika membaca sesuatu bahan yang memerlukan fakta, cari jurnal, buku atau kajian yang disahkan. Okey, salah satu cara. Masuk ke website universiti. Banyak bahan free. Kemudian, gunakan fakta itu untuk mewujudkan fantasi (rekaan termasuklah teori). Pernah tengok review pembaca mengatakan dia belajar sesuatu yang baru dan menerima itu sebagai pengetahuan baru walhal dalam fakta kamu mewujudkan fiction tanpa pembaca sedari. Manipulatif dalam penulisan. Tapi hati-hati, jangan mewujudkan sebarangan ideologi yang memudaratkan. Kamu berjaya menghidupkan cerita namun kita tak nak sesetengah pembaca jadi taksub.)

3. Penulis mempunyai pengalaman terjun secara terus ke dunia sebenar. Merasai sendiri pengalaman yang sebenar yang selama ini dikaburi oleh digital filters, sumber rujukan dan media. Jika berpeluang, rasai sendiri. Cari cabaran dan pengalaman baru. Kamu terpaksa berhadapan dengan idea-idea baru kerana pengalaman-pengalaman itu. Itu sesuatu yang bagus. (Namun, jika tidak sanggup melakukannya, banyakkan membaca atau dengar terus pengalaman orang lain. Jika Sya, mana-mana method sya okay. Contohnya, pergi ke lokasi yang pernah meragut nyawa orang. Sya tak perlu melalui peristiwa itu dulu untuk tahu perasaan itu. Sya pernah ke lokasi perlombongan ketika waktu hujan seorang diri. Suara lolongan anjing, katak dan ketika itu waktu petang sudah terlalu lewat. Air yang keluar deras dari liang-liang bekas korek. Ia memberi sensasi dan kuat melekat di kepala. Membayangkan di bawah lapisan tempat kita berpijak adalah tempat berbahaya yang mungkin roboh. Bagi sya ia membantu mengaktifkan rasa empati dan logik pada masa yang sama secara terus.

Namun jika kamu berpesonaliti yang seimbang, mempunyai rasa empati yang tinggi dan pemikiran logik yang luar biasa, Jugmental yang baik, tidak perlu turun ke lokasi jika tidak mahu. Hanya cukup baca kerana kamu mudah meresap semua. Elemen ini sangat penting dalam penghasilan karya yang baik.)

4. Menulis setiap hari. Klise tapi ia benar. Salah seorang penulis prolifik yang obses menulis setiap hari ialah Stephen King. Kamu boleh menerbitkan beratus buah buku jika menulis setiap hari. (Ya, menulis setiap hari namun bukan semua penulis boleh menulis dengan cepat kerana setiap penulis ada prosesnya sendiri dan tanggungjawab lain. Lihat juga motivasi penulis. Adakah kuantiti lebih utama dari kualiti kerana salah satu akan menjadi korban. Jika kuantiti dan kualiti seiring, anda hebat. Dan penulis Stephen King sudah menulis berpuluh tahun. Mungkin maksudnya di sini ialah sentiasa konsisten.)

5. Tidak takut menunjukkan emosinya. “Tiada tangisan daripada penulis, maka tiada tangisan daripada pembaca. Tiada kejutan daripada penulis, tiada kejutan daripada pembaca.” Robert Frost. Apabila kamu menulis sesuatu yang membuatkan kamu sendiri menangis, maka kamu berjaya melakukan babak itu. Jka kamu menulis sesuatu yang kamu sendiri terkejut, maka kamu berjaya melakukannya. Rasa itu akan mengalir dan ditanggung oleh pembaca. (Namun, hati-hati. Terlalu beremosi sehingga gagal mengawalnya boleh mencacatkan persembahan di dalam karya. Sentiasa baca berulang kali setiap bahagian (susun cerita) dan ekspresikan dengan bergaya.”) 

6. Menulis tentang hal yang dibenci oleh budaya dan masyarakat. Sesuatu yang kamu tulis yang membuatkan masyarakat tidak selesa. Menulis tentang budaya yang tidak sesuai dengan budaya kita.(Bukan semua penerbitan memberi kebebasan kepada penulis untuk membawa cerita yang sensitif. Bagi sya, jika kita tidak mahu terlibat dalam kitaran itu, tulis saja cerita biasa tapi luar biasa. Macam mana tu? Baca karya-karya penulis yang tidak melawan dua perkara ini namun menghasilkan naskah yang laris. Namun, jika ingin mencuba, pandai-pandailah merangka cerita itu supaya tidak kelihatan terlalu memaksa atau ceramah pembaca menerima apa yang mereka benci. Sepanjang proses bacaan itu mereka akan sedikit demi sedikit memahami motif penulis ingin sampaikan. Jika kamu mampu melakukannya, great point buat kamu.) 

7. Tidak memiliki pendidikan menulis secara formal. “Jangan politikkan imaginasi.” Camille Paglia. (Maksudnya di sini, imaginasi. Bagi sya, urusan imaginasi itu terpulang setakat mana penulis mampu membawa cerita dalam khayalannya. Namun, pendidikan ada kepentingannya sebagai alat. Berlatih menulis menggunakan alat itu dan asah imaginasi itu bersama-sama. Imaginasi yang paling berharga dan istimewa kerana ia tidak boleh diajar melalui sibilus.)

Kredit:   Terjemahan: Syasya (pendapat penulis)

Nota Syasya

11.17 PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe