­

REVIEW: NOVELIS KARYA EBRIZA AMINNUDIN

May 12, 2020


Sepanjang PKP di Malaysia, ini karya kedua selesai dibaca. Alhamdullilah, masa terluang terisi dengan aktiviti bermanfaat. Kali ni saya nak beri maklum balas kepada karya Ebriza. Sebuah cerita di sebuah pulau yang menjadi lokasi percutian bersama peminat masing-masing. Jalan penceritaan fast pacing tidak menunggu pembaca untuk terlepas daripada perasaan berdebar-debar. Karya kali ini berbeza daripada hasil kerja penulis kerana menghimpunkan kisah-kisah daripada novel novelis-novelis Malaysia yang suatu ketika dulu bergelar seramlicious. Pembaca yang sudah membaca karya novelis-novelis yang terlibat dalam naskah ini terlebih dahulu lebih mudah menangkap konflik setiap novelis. Pembaca yang belum melengkapkan bacaan karya-karya seramlicious, novelis adalah snack peek buat anda mengenali karya penulis-penulis lain. Terima kasih kepada penulis yang membuka peluang untuk bakal pembaca mengenali karya penulis lain.

Sepanjang pembacaan ada watak yang mencuit hati. Ada juga mengingatkan kita kepada kesedihan. Persahabatan dan kasih sayang yang sebenarnya wujud antara watak yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan. Marah dan kecewa, turut bergaul dalam naskah ini. Konflik dalam naskah ini tiada beza dengan kehidupan sebenar masyarakat. Adalah yang terbaik buat pembaca untuk mengambil sesuatu isi sebagai pedoman dan pengajaran hidup.

Daripada dulu pandangan saya kepada sesebuah karya ialah setiap naskah yang dihasilkan sedikit sebanyak mencerminkan diri penulis. Untuk mengenali penulis tidak susah. Hanya melalui penulisan mereka. Namun, saya suka mengambil sisi sama sebagai persetujuan dan sisi berbeza diraikan sebaiknya atau menerima kelainan. Hati saya suka, meraikan dan menerima naskah ini. Tahniah buat penulis. Karya ini menjadi bekal anak cucu dan saya menunggu naskah cinta daripada anda. Teruskan menulis dan good luck untuk kejayaan di masa hadapan. Aamiin.

*Kepada penulis: Cerita yang hampir menyakitkan hati namun ending yang membahagiakan. Twist menjadi! Mohon penulis menghasilkan adengan komedi lagi. Watak penulis Zaifuzaman paling win!

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe