KUTUB KHANAH | RUMAH ANGKER | KARYA PUBLIKA
April 03, 2020Syukur
alhamdullilah, karya kedua diterbitkan pada tahun 2020. Karya kali ini bertajuk
Kutub Khanah atau nama lainnya, perpustakaan. Kisah ini membawa satu watak
daripada karya saya terdahulu iaitu Tumbal Terowogan Terawangan. Ini merupakan
penamat kepada watak tersebut.
Ini karya debut
saya bersama Karya Publika. Kepada peminat karya seram, anda di alu-alukan
untuk memiliki naskah kolaborasi ini untuk berkenalan dengan cara penulisan
kami jika anda merupakan pembaca baru. Terima kasih kepada pembaca karya saya,
semua yang baik datang daripada Allah. Jika ada kesilapan, khilaf daripada
saya.
Harga di
pasaran bernilai RM27.90 Untuk semenanjung. Manakala Sabah dan Sarawak berharga
RM29.90. Boleh hubungi penerbit Karya Publika seperti tertera di poster.
Ini SINOPSIS
BUAIAN (RHEA)
Rumah agam tersergam indah menyimpan satu kisah misteri. Misteri buaian di pokok beringin berhampiran rumah terbabit menjadi bualan. Kelibat gadis remaja kelihatan berayun di buaian itu. Lagu buai laju-laju menyapa ke telinga. Menyeramkan! Itu yang dirasai Shahida yang bekerja sebagai pembantu rumah agam Tuan Harris.
KUTUB KHANAH (SYASYA de LUNA)
Tarikan di Kutub Khanah mempesonakan bagi Denny. Rasa minatnya dikongsi bersama Naina. Namun, tempat itu adalah kawasan larangan. Genap empat malam Jumaat, Kutub Khanah akan ditutup buat yang terperangkap. Yang datang akan terus kekal. Andai tiada yang memutuskan perjanjian.
PUAKA RUMAH TINGGAL (NURHARYATI ISHAK)
Dani dan Yus terperangkap di dalam sebuah rumah berpuaka ketika menceroboh masuk untuk mencuri. Semasa berada di dalam rumah itu, tiba-tiba mereka nampak laut luas terbentang di hadapan dan masing-masing tenggelam di dalam laut. Dapatkah mereka menyelamatkan diri. Bagaimana pula dengan Manap yang tidak menyertai mereka berdua ke rumah berpuaka itu? Ada yang diberi hikmah, ada yang tidak mendapat peluang kedua.
SEPATU KRISTAL MERAH (EB REEZA)
Julie yang sering dijadikan mangsa buli kumpulan diva yang diketuai Marini telah terjumpa sepasang sepatu kristal merah ketika Marini mengajaknya menerokai sebuah gua. Julie yang terpesona dengan kilauan sepatu kristal merah telah membawanya pulang. Sejak berdampingan dengan sepatu kristal merah, perwatakan Julie juga sudah berubah dan mula menunjukkan sikap yang luar biasa serta berhasrat tinggi. Dapatkah Julie memenuhi hasrat di hatinya dengan bantuan sepatu kristal merah?
VILA ROSEMARY (LYLA)
“Ada sesuatu di dalam hutan tu, ayah.”
“Seluruh tempat ni diawasi oleh penjaganya,” kata Tok Yasir.
“Aku dah lama tahu sebab tu tiada sesiapa mampu rapat dan masuk ke dalam vila ni. Lihat saja laluan masuk di depan tadi. Kalau orang lain anggap itu adalah hutan belukar semata,” beritahu Pak Cik Maarup.
“Patutlah mahu hubungi mereka sama sekali tidak dapat. Mereka semua di dalam tu kena keluarkan, ayah.” Muaz juga ditimpa risau bila melihat kejadian begitu.
Boleh menonton
video teaser yang bakal ditayangkan pada malam ini di page rasmi saya.
0 comments