­

I00 IDEA & SPECIAL GENRE - SONG LITERATURE

January 18, 2021

I00 idea dikumpulkan dalam tempoh 8 tahun lebih setelah berkecimpung dalam bidang penulisan. Itu yang direkodkan. Yang hilang, tidak terkira. Mungkin ada penambahan di masa akan datang, terpulang kepada keadaan. Jika saya terlibat dalam projek, mungkin dari I00 idea itu tidak digunakan satu pun. Saya akan mencari sumber baru.


I00 idea bersamaan I00 draft kasar. Insyaallah, bekalan untuk bertahan hidup dalam bidang ini. Namun, saya tahu ini agak mustahil untuk diterima orang bahawa saya berjaya mengumpul sejumlah idea jika tidak ada elemen klise dan sebagainya. Perlu diketahui, klise itu perkara biasa. Namun, yang menjadikan cerita itu berbeza ialah teknik yang digunakan. (Apa yang penting, saya tidak memplagiat karya orang lain.)


Proses selanjutnya yang lebih mencabar. Setiap idea terbangun dan berkembang secara perlahan. Jangan berasa aneh jika setiap manuskrip saya mencapai usia tua.

Namun, bukan bermaksud saya tidak melakukan apa-apa untuk tiba tiba saja diberikan ilham. Ia melalui aktiviti hidup saya yang sangat berdedikasi mencari ilmu. Salah satu ‘perangai’ seorang penulis bestseller yang ada di seluruh dunia ialah sentiasa membaca. Jika ingin menjadi penulis bestseller, harus ikut sama. Membaca tidak terhad kepada buku fiksyen. Sejujurnya awal penglibatan saya didalam bidang ini, saya membaca banyak karya fiksyen untuk lebih mudah memahami penyusunan cerita. Tahun seterusnya, bahan bacaan saya berubah ke non fiksyen. Bukan saja membaca, saya juga mendapatkan pelbagai sumber dari semua cara.


Semua cara termasuklah cara yang gila. Misalnya melakukan eksperimen mimpi. Lain kali saja saya ceritakan. Itupun selepas solo berkaitan eksperimen ini diterbitkan. Ok?


Saya tidak boleh mendedahkan idea saya seperti dahulu. Perasaan paling teruk pernah saya rasa ialah apabila benih idea-idea saya diambil. Maklum saya penulis baru ketika itu. Ia bukan kebetulan. Saya 'faham' apabila penulis kehabisan idea. Namun, itu bukan alasan untuk mengambil idea orang lain secara terang-terangan. 


Saya kembali dengan lebih banyak idea dan bersistem. Apa yang saya lakukan ialah sentiasa menaik taraf kerja. Saya mempersiapkan diri untuk menjadi diri saya I0 tahun akan datang. 


Antara bahagian paling kritikal seorang penulis ialah kemahirannya menggabungkan semua elemen.  Seorang penulis jika rajin melakukan kajian dan banyak membuat eksperimen, tidak mustahil dapat mencapai karya masterpiece. Bagi saya, untuk mencapai sesuatu tahap, saya perlu mengorbankan masa. Itu bermakna, karya saya lambat diterbitkan kerana saya sangat menjaga kualiti produk. Banyak ‘topi’ yang harus dipakai. Kadang berulang kali.


Itu juga kerana dalam proses penulisan saya banyak melakukan selang masa untuk pembelajaran. Kemampuan saya ketika ini sudah semaksimum yang saya boleh capai. Insyaallah, setelah melalui fasa tertentu dengan baik dan sudah menguasai pelbagai sudut kemahiran, insyallah mungkin karya saya dapat diterbitkan lebih banyak dalam setahun. Ketelitian dibayar dengan pengambilan masa yang panjang.


Kebergantungan tempoh masa yang saya perlukan untuk menyiapkan sebuah karya mengikut jenis genre juga. Jika genre sains fantasi, lebih banyak masa diperlukan. Salah satu genre yang paling saya suka dan enjoy ialah song literature. Namun, saya belum berkesempatan menghasilkan banyak karya dibawah genre ini. Satu satunya karya dibawah genre ini yang pernah saya tulis dan mendapat sambutan sehingga berlanjutan dua siri ialah Not Spring, Love or Cherry Blossom. Genre song literature kurang mendapat perhatian di Malaysia namun sudah banyak idea saya terhasil selepas membuat penelitian dalam genre ini. Salah satu karya yang prosesnya sangat enjoy pernah saya rasakan.


Songlit: (novel yang dibuat dari sebuah lagu. Biasanya, alur cerita dalam novel ini dikembangkan dari sebuah lagu yang sedang hits atau bermakna mendalam. Contoh: Sebelum Cahaya, Lelaki Buaya Darat.)

Idea yang dikumpulkan adalah mengikut acuan saya. Pembaca yang harus mengikut apa yang saya sediakan (Pembaca yang meminati karya penulisan saya selepas ini dipanggil fanwork). Walaupun genre karya itu tidak hit dipasaran Malaysia. Jika saya ingin berkreativiti tanpa halangan, saya tidak boleh menahan dan membataskan diri mengikut kehendak orang lain. Kerana itu di Malaysia wujud ramai penulis. Pembaca hanya perlu memilih saja karya penulis mana yang anda rasa mempunyai citarasa yang sama dengan anda.


Jika dilihat taburan review yang saya terima, memang ternyata selera orang berbeza-beza. Setiap review negatif atau positif pastinya dipengaruhi pelbagai sebab. Saya layani secara professional saja. Apa yang penting mindset saya. Dari I000 orang, pasti ada seorang yang menyukai karya saya. Yang seorang ini akan menjadi sebab saya tidak akan berhenti menulis.


Alhamdullilah, kemana saja haluan saya, semestinya takdir dari Allah. Itu perkara paling saya syukuri dan setiap pemberian dia sebenarnya menjadikan saya seorang Syasya dalam versi yang lebih baik. Saya sudah melalui banyak fasa berbeza dalam kehidupan ini dan ianya tak mudah. Namun, saya lebih positif, berdikari dan percaya diri dalam pelbagai perkara. 


Nota Syasya,

I:57PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe