WHAT MAKES A WRITER?
January 25, 2021
Bila banyak baca novel ni, dah kenal bagaimana plot bergerak, jadi mudah nak meneka jalan cerita seterusnya. Walau cerita tu berpusing-pusing. Sebab tu penting kenapa penulis kena banyak membaca. Dulu, kelemahan saya adalah cara mengembangkan cerita menjadi novel tebal (Karya solo satu satunya pernah direject pub ketika baru menulis. Genre cinta). Kerana saya fokus pada satu konflik sahaja (kerana terbiasa dengan penulisan cerpen, 1 konflik). Itu kisah dulu.
Banyak sebenarnya kita boleh belajar daripada karya penulis lain. Paling cepat faham untuk belajar teknik penulisan ialah melalui karya orang lain yang anda bandingkan sendiri dan rajin berlatih. Kenal pasti kekuatan penulis lain untuk anda contohi. Pada masa yang sama membina identiti sendiri.
Bahan bacaan non fiksyen pun penting. Contohnya, bidang psikologi. Sejak mendalami mbti, saya tidak memilih sifat watak yang sesuai expectation pembaca. Yang penting keseimbangan antara peranan dan cerita. Kerana realiti setiap orang mempunyai personaliti berbeza. Dengan itu penulis dapat menggunakan pelbagai jenis watak dengan bebas dan kreatif.
Self-control terhadap semua perkara. Terutama bahan bacaan berkaitan methodology, culture dan sebagainya. Penulis Islam khususnya. Penulis harus mempertimbangkan banyak sisi. Kerana itu penulis dituntut untuk bertanggungjawab. Jika membawa sesuatu isu, penerangan harus jelas dan teliti. Pertimbangkan juga tahap pemikiran pembaca. Pembaca yang kurang terdedah mungkin memerlukan penjelasan lebih lanjut. Penulis harus membimbing tanpa disedari pembaca bahawa ia adalah bentuk pendidikkan. (Pembaca paling tak suka baca cerita seperti dibebelkan).
Saya mendapat tentangan ini ketika melakukan kajian berkaitan karya solo terbaru yang sedang diusahakan. Setiap individu yang saya dekati untuk tujuan pembelajaran demi manuskrip mempunyai latar belakang yang berbeza. Setiap mereka mempunyai pandangan berlainan terutama hal mistik. Saya sebagai penulis harus merujuk kepada yang lebih ahli pada akhir pengumpulan bahan. Ketika inilah patut atau tidak saya teruskan dengan idea itu. Adakah saya mampu membangun cerita tanpa keraguan.
Sesetengah orang yang menyedari status saya sebagai penulis ketika sedang bekerja (maklum saya tidak mendedahkan status penulis jika bukan kerana urusan penulisan), mempertikaikan apa yang sedang saya usahakan seolah olah saya tidak faham apa yang sedang saya lakukan.
Jika mereka pembaca saya, mereka tahu cara saya bekerja. Tidak ada karya saya yang mengajak ke arah merosakkan akidah. Insyaallah. Pembaca saya faham apa matlamat saya.
Cabaran ini sangat besar juga kepada penulis genre seram fantasi. Genre ini memerlukan golongan open minded. Namun, penulis harus berperanan lebih kerana karya anda adalah identiti anda. Storyline harus kuat. Cliff hanger, world building, red herrings, genre analysis, characters analysis, characters development dan semua hal berkaitan story structure perlu difikirkan.
Rajin baca karya dan bergaul dengan penulis luar negara juga. Baca karya yang mempunyai nilai kormesial dan nilai estetika. (Saya ada terfikir suatu ketika dulu, apa nilai kormesial pada karya seram. Yeah, berkongsi pendapat sama dengan kak ilya dan kak ebriza... STORYLINE adalah nilai kormesial bagi karya seram. Seperti karya cinta, nilai kormesial adalah cinta. Nilai estetika pula antaranya gaya bahasa.) Kebanyakkan karya barat memiliki kedua-dua elemen ini. Tidak salah untuk belajar dari orang lain.
Rajin tengok apa pandangan atau analisis pembaca. Tengok juga apa kata penulisnya. Kita dapat melihat dua sudut pandangan.
Sentiasa kemaskini pengetahuan. Ini akan mengasah critical thinking penulis dan language awareness.
Mungkin hal yang satu ini agak berat kerana memerlukan masa yang banyak. Ada beberapa hal dalam manuskrip yang saya lakukan sendiri untuk merasai pengalaman ketika menulis. Misalnya, saya melakukan experiment tidur (satu hari nanti saya terangkan lebih dalam apabila karya ini diterbitkan). Pengalaman lain ialah saya menanam pokok tertentu dan mengumpul sample. Aktiviti ini dari kecil telah saya lakukan kerana hobi. Ada lagi pengalaman lain namun lain kali saja diceritakan.
Mengapa saya lakukannya? Kerana passion. Saya pula ada banyak hobi. Maka semuanya dilakukan dalam tempoh yang sama. Ya, setiap karya seperti membuka pintu ke dunia yang selama ini hanya saya seorang boleh lihat.
Jangan bataskan diri dengan hanya baca atau tonton genre yang disukai. Saya sedang menulis mss genre seram tapi setiap hari di masa lapang, sya baca genre cinta dan sebagainya.
Ini pula nasihat yang saya dapat secara langsung daripada penulis lagenda yang dihormati dan mempunyai fandom nya sendiri. Apa yang saya boleh simpulkan dari nasihat itu ialah jangan bataskan kreativiti anda. Buatlah karya yang kamu sukai. Tugas kamu ialah menulis sesuai matlamat kamu.
Tugas pembaca ialah membaca. Mereka yang harus mencari penulis yang sesuai dengan citarasa dan mempunyai chemistry yang sama dengan penulis. Kerana belum tentu seorang penulis dapat memenuhi expectation kelompok pembaca (kerana terlalu ramai) walau dibuat bancian genre digemari dalam sesebuah daerah, negeri atau negara. Yang diminati genre seram namun belum tentu cerita seram dari penulis itu digemari. Maka penulis tidak dapat menjangka 'kawasan' mana yang akan menyokong karyanya melainkan setiap pembaca dari daerah, negeri dan negara keluar dari pengumpulan pembaca, memunculkan diri dan menemui penulis itu sendiri dan membentuk sebuah tempat pengumpulan khas pembaca yang dipanggil 'fandom' atau 'fanwork' penulis tersebut.
Ini tahun ke 9 saya menulis secara konsisten. Banyak try dan error yang saya lakukan. Saya tidak malu mencuba kerana itu cara saya menguji penulisan sendiri. Saya sentiasa bersaing dengan diri sendiri. Walau hasil dari penulisan tidak mewah, ia tidak mematahkan semangat saya. Saya juga mahu hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain walau dalam bentuk penulisan.
Jika bermanfaat, boleh dipraktikkan. Saya pun akan take note. Niat saya cuma berkongsi pengetahuan dan pemerhatian sebagai penulis karya berat. *Gigih taip dengan mata berketumbit.
Nota Syasya
9.04 PM
0 comments