­

BTS: SIHIR

March 22, 2021

"3 kisah berkaitan sihir yang dibukukan. Setiap cerita ada kelebihan tersendiri, namun yang menarik perhatian saya Abdai karya Syasa Bellyna. Sayangnya kisah pendek saja. Tahniah untuk semua penulis." H

"Kompilasi cerpen yang sangat menarik. Walaupun pendek-pendek tapi memberi kepuasan pada Sha yang membaca." 

Sebastian Gibert
Selamat malam, readers. Lagu My Old Story sedap didengar di telinga. Hari yang dingin, ditambah terimbau kembali aktiviti penulisan beberapa tahun lalu. Projek cerpen seram antara tiga novelis julung kali dibuat untuk swaterbit. INS bukanlah nama syarikat tetapi gabungan nama depan kami bertiga. Projek penulisan ini suatu perjuangan juga. 

Projek cerpen seram ini masih berbaki. Jika ingin mendapatkannya, boleh menghubungi saya di FB page atau IG. Berkemungkinan karya saya akan dijadikan novel solo. Insyaallah.

Tajuk: Cerpen Seram Sihir

Muka Surat : 123ms
Paper: Paperback
Terbitan: 2018
Status: Limited Edition
Harga: RM 15.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)


Review: Ajoilynn Fadlina

Buku comel ini mengandungi tiga buah cerpen seram garapan tiga novelis hebat yang memang tidak asing lagi nama mereka dalam dunia penulisan tanah air terutama bagi novel yang bergenre seram. Bermukasurat 123, nipis dan mudah dibawa kemana-mana. Penulis-penulis yang terlibat dalam menjaya cerpen seram ini ialah Illya Abdullah, Ninie Othman dan Syasya Bellyna.

i) Serong (Illya Abdullah)
Semenjak Ruzair menyewa disebuah bonglo lama untuk mencari ilham untuk lukisan-lukisannya, dia sering diganggu oleh pelbagai jelmaan yang menakutkan. Dalam tidur pun dia sering didatangi mimpi-mimpi aneh dan mengerikan. Dia jadi bingung. Tanpa disedari, ada seseorang yang mendendaminya dan ingin melihat dia hancur. Seseorang yang sangat tak disangka-sangka. Nyawanya kini dalam bahaya.

ii) Sasau (Ninie Othman)
Semuanya berpunca kerana dendam. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Gadis yang dicintainya mencintai orang lain. Dia kecewa, cintanya kecundang. Dan baginya kini si dia yang memusnahkan impiannya itu harus menerima pembalasan yang setimpal. Namun dia lupa pada Yang Maha Berkuasa. Sanggup dia bersekutu dgn syaitan dan akhirnya diri sendiri menerima akhibatnya.

iii) Abadi (Syasya Bellyna)
Semenjak Thalia yang ditimpa kemalangan tempohari, hidup jadi lebih huru hara. Matanya mampu melihat mahkluk-makhluk ghaib yang sangat menakutkan. Mawar, sepupunya datang melawat Thalia berasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Thalia dan ibunya Mak Uteh. Dia sendiri pun tak terlepas dari diganggu sepanjang berada dirumah mereka. Sehinggalah Mak Uteh ditemui mati, segala apa yang bermain difikiran Mawar selama ini terjawab sudah. Satu kebenaran yang akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Nota Syasya
10.54PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe