­

PENULISAN MENJANA PENDAPATAN

March 21, 2021

"Hello, readers. Topik hari ini sesuai buat anda namun jika anda berniat menjadikan penulisan sebagai hobi, ini bukan untuk anda kerana jika kamu memperlakukan kerjaya penulisan sebagai hobi, ia bakal fall flat."

Kalau membaca, itu hobi saya. Tapi daripada awal saya terlibat dalam industri, sudah membuahkan income kepada saya. Setiap pertandingan yang saya masuk, hadiahnya dalam bentuk wang. Kalau hobi kamu menulis, jangan kategorikan ia sebagai hobi lagi jika berniat untuk mendapatkan hasil yang baik.

#ASK: Adakah kita mampu menjana pendapatan sebagai penulis? (Kelab Pendita, UUM)

Kerana soalannya tidak bertumpu kepada pendapatan dari buku saja. Marilah kita buka topik ini sambil mendengar podcast.

 "Ya, boleh! Banyak cara untuk mendapatkan hasil daripada penulisan."

◦•●LOΌNA●•

Seorang penulis tidak semestinya penulis novel atau non fiksyen. Sumber pendapatan tidak semestinya daripada jualan buku. 

Antara sumber pendapatan saya, pengalaman rakan penulis dan pencarian maklumat.

1. Menulis blog

Dari dulu sehingga kini, blog menjadi pilihan utama saya untuk menulis kerana ruangannya lebih besar dan kelihatan professional dalam paparan web log. Di sini tempat saya melakukan promosi untuk karya-karya saya. Ada ruangan untuk karya saya dipamerkan bertujuan jualan. Ini juga tempat saya berkongsi pengetahuan dalam penulisan. Semua ini adalah lombong emas dikemudian hari.

2. Era digital

Ditambah pandemik yang melanda, ramai pecinta buku fizikal mula berjinak-jinak dengan ebook kerana mengenangkan harga yang lebih murah berbanding buku. Masyarakat pembaca mula berjimat cermat. Penulis baru boleh menggunakan cara ini untuk memulakan perniagaan ebook dengan modal zero. Tulis apa saja yang kamu mahir. Gunakan apa saja platform jualan ebook yang ada. Tidak kira percuma atau berbayar (jika mahu).

3. Menulis buku

Penulis harus konsisten menghasilkan karya baru supaya hasil royalti sentiasa masuk setiap tahun dalam jumlah yang baik. Cabaran penulis novel apabila karya yang berpotensi mendapat banyak calon pembaca dihentikan pengeluaran buku oleh rumah penerbitan. Maka, pada pandangan saya penulis juga harus ada karya yang diterbitkan sendiri.

4. Ghostwriter

Menulis sesuatu untuk penulis lain. Ada pros dan cons. Terpulang untuk menulis artikel, majalah, buku dan sebagainya. Di luar negara, khidmat penulis hantu ini sangat biasa kerana bukan semua penulis mampu menerbitkan novel setiap tahun secara konsisten. Mungkin sebahagian karya penulis asal disambung tulis oleh penulis hantu. Untuk penulis hantu novel, anda harus peka dengan style dan cara penulis asal menulis supaya pembaca tidak berasa aneh ketika peralihan bacaan. Upah mengikut kadar patah perkataan.

Ada juga penulis menggunakan nama pena berbeza untuk bukunya sendiri tanpa dikenali oleh sesiapa pun. Malah ada yang menggunakan syarikat penerbitan yang sama dengan nama berbeza. Maka penulis berpotensi mengeluarkan buku yang banyak dalam satu tahun. Mungkin isu penjarakkan tempoh penerbitan sesebuah buku dengan buku yang lain atas nama pena yang sama.

5. Service writing

Perkara yang sering saya lakukan. Menyediakan ayat copywriting yang mempunyai ayat-ayat berpengaruh untuk sosial media bagi mempromosikan karya penulisan saya. Kamu boleh menawarkan service ini kepada sesiapa saja yang memerlukan khidmat seperti ahli perniagaan. 

Boleh juga menyediakan kertas kerja perniagaan. Service ini untuk golongan sasaran. Ada template sedia ada yang boleh digunakan penulis untuk kerja ini.

6. Artikel ke media penerbitan

Boleh menghantar artikel ke media penerbitan. Ini antara yang mudah untuk penulis baru. Namun, pastikan dulu topiknya tentang apa dan bersesuai dengan tema mereka. Ada bayaran honorarium buat penulis. Jika majalah contohnya, akan ada ruangan yang menawarkan kepada penulis untuk menghantar artikel 

Ada juga yang menawarkan ruangan cerpen dalam genre yang dikehendakki.

7. Penulis akademik

Pelajar mengupah penulis untuk menyiapkan tugasan akademik. Bayarannya cukup lumayan. Ketika saya di sekolah menengah, ada guru mengupah pelajar STPM untuk membantunya dalam master. Malah pelajar ijazah mengupah pelajar ijazah lain untuk menyiapkan tugasan mereka. Upahnya mengikut persetujuan.

Perjuangan seorang penulis. Bertarung dengan masa.

8. Penterjemah

Kerja paling mudah bagi seorang penulis. Jika tidak menguasai 100 peratus bahasa English pun, anda boleh gunakan google translate dan memurnikan terjemahan itu semula menjadi karya berkualiti sama bentuk asalnya dalam bahasa English. Saya sendiri dalam misi menjadi plyglot. Ia memudahkan penulis untuk memasarkan karya sendiri ke serata dunia dengan mempelajari banyak bahasa. 

9. Jurutranskrip

Kamu perlu menukar audio/video menjadi penulisan. Menukar atau menyalin perkataan rakaman dalam bentuk yang boleh dicetak. Namun, ia memerlukan kemahiran menulis yang baik supaya bahan yang didokumenkan berkualiti. Ia juga mengambil masa yang agak lama.

10. Editor

Seorang penulis juga boleh menjadi seorang editor. Pengalaman yang banyak sebagai penulis juga boleh diguna pakai. Bahkan penulis zaman kini serba boleh dalam melakukan tugas sehingga menjadi produk akhir kerana kemahiran-kemahiran yang dibentuk dan dinaik taraf sepanjang kerjayanya. Jika mahu, penulis boleh saja mengambil sijil. 

11. Proofread

Selepas editing, karya itu harus dibaca semula supaya apa yang penulis dan editor terlepas, dapat diperbaiki lagi. Biasanya penulis sendiri menjadi proofread. Namun, jika ada penulis lain memberi tawaran kepada anda untuk proofread manuskripnya, sila caj. Proofread juga bukan kerja mudah. Masa seseorang sangat berharga.

12. Penulis Fiverr

Penulis harus tahu cara menulis artikel yang mampu mencapai SEO. Anda boleh membuat duit dengan menulis di Fiverr.

13. Mentor

Ya, setelah menjadi penulis berpengalaman, anda boleh menjadi mentor berbayar kepada penulis baru. Ilmu pengetahuan tentang penulisan yang dimiliki mendatangkan hasil sampingan. Adakan kelas penulisan berbayar atau mentor secara persendirian dengan sekian-sekian bayaran untuk suatu tempoh. Ada penulis menjadi mentor dan memperhatikan kerja penulisan sampai penulis tersebut menerbitkan karyanya atau memberi masa beberapa bulan, full sepanjang waktu itu perhatian diberikan kepada penulis yang mendapatkan perkhidmatannya.

14. Penulis Skrip

Tidak dinafikan ramai penulis novel menjadi penulis skrip. Banyak kelas menulis skrip ditawarkan untuk menaik taraf kemahiran penulis. Anda boleh bergabung dengan penulis skrip yang menawarkan khidmat kerjasama. 

Banyak cara lain lagi untuk seorang penulis mencari sumber pendapatan. Buat masa ini, semua di atas antara yang sempat saya fikirkan.

Nota Syasya

6.08PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe