­

BTS: MALAM OGOS

March 20, 2021

Ini antara karya yang saya akan ingati seumur hidup. Novelet pertama saya yang diterbitkan. Bekerjasama dengan editor yang bagus adalah satu rahmat kepada saya. Kerjasama antara penulis juga baik. Karya ini antara salah satu calon yang akan dinovelkan suatu hari nanti. Atas permintaan anda. Insyaallah. Terima kasih untuk semua review anda.

◦•●LOΌNA●•

Saya mendapat ilham untuk meghasilkan Malam Ogos setelah melihat beberapa keping gambar yang memaparkan sebuah taman tema yang telah menamatkan operasi. Persekitaran mula ditumbuhi pokok hutan dan mesin gergasi dibiarkan usang. Taman tema yang pernah menceriakan hari seseorang dan memahat memori indah telah membisu, terbeku oleh waktu.

Foto-foto yang begitu misteri pada pandangan saya telah meninggalkan seribu pertanyaan dalam fikiran. Ditambah lagi saya terfikir tentang kisah kematian yang berlaku di taman dan ada kes yang tidak dapat diselesaikan. Kerana persoalan itu, saya membina kronologi peristiwa beralasan di tengah Hutan Simpan Belum, Perak yang turut menyimpan cerita mistik. Gandingan taman tema dan hutan yang tidak pernah terusik ini diadun bersama sebuah kisah untuk mewujudkan tiga kemungkian asbab kejadian iaitu dari manusia, faktor alam atau pengaruh mahluk ghaib.

"MALAM OGOS - 5*" 

"Kalau cerita sebelum ni, penulisannya tidak disukaiku, penulisan cerita kali ni mmg berlawanan terus. Suka sangat dengan penulisannya. Cara penceritaan mula-mula pun dah berjaya menarik minat sy utk menyelak muka surat seterusnya. Cerita dia mula-mula ingatkan tipikal cerita taman tema berhantu atau balas dendam guna ilmu sihir, sebenarnya cerita ni still ada cliche tu cuma ia ditambah sedikit beberapa 'twists'. Ada watak yg sememangnya boleh agak dari mula, yg dia sebenarnya yang bertanggungjawab atas gangguan2 tu dengan 'hint-hint' yang diberi penulis, tapi lepas satu rahsia dibongkar, ada lagi rahsia yang tak diagak ada dibongkar juga, lepas tu ada lagi pulak satu rahisa. Sungguh tak expect yang tu. Some of these characters you won't expect who they really are and I think that's the most interesting part. Tapi sebab ending dia lah, sy menaikkan lagi rating sy. Sumpah suka ending dia, mungkin sbb sy kadang suka buku yg ada 'open end' tapi apa yg pasti ending dia bukan yg tipikal ending buat cerita-cerita camni. Dia macam membuka peluang utk cerita ni diluaskan lagi. Sejujurnya kalau penulis mahu menyambungnya, sy pasti berminat utk membacanya. Syabas Syasya Bellyna, cerita penulis ni yang paling best bagi. Pasti akan sy survey penulis ni punya karya lain👌. Rating 4/5." 

"Malam Ogos (Syasya Bellyna) - 5 bintang." 

"Semer dah baca! Paling win sorok-sorok dan malam ogos. Gumanthong pun ok." Amir Taufiq

"Cerita akak malam ogos ohsem dan seram." Bibo gwiyomi


"Syasya Bellyna pandai menulis!! Kisah Malam Ogos boleh hamba kategorikan berunsur thriller. Walaupun hamba tidak pernah membaca mana-mana tulisan beliau sebelum ini, Malam Ogos antara tulisan yang berbaloi untuk dibaca. Jalinan antara watak-wataknya dibuat dengan cantik serta tidak mengusutkan penceritaan. Kisah Farhan yang menyewa sebuah taman tema selama satu malam bagi meraikan hari lahir Nayang, yang turut disertai oleh Khairul dan Ganesan. Hamba terfikir mesti Farhan ini melampau kayanya sehingga mampu menyewa sebuah taman tema untuk kegunaan khas mereka sahaja. Selepas itu berlakulah beberapa peristiwa yang berjaya digarap dengan baik oleh penulis. Hamba tak mahu komen lanjut tentang tulisan Syasya ini, nanti spoil mood anda. Layan saja." Mizhar Mazlan



SINOPSIS

Kronologi peristiwa sangat rumit. Di sebalik kebenaran yang bercampur pelbagai fakta serta penipuan menyelit di antara sejarah sebenar, wujud watak yang mencipta pewaris dendam. Di sebalik latar kisah penuh renjatan emosi, si pemuja ilmu hitam memainkan peranan.

“Kami datang atas jemputan.” – MALAM OGOS


Nota Syasya

5.08 AM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe