­

PERSEDIAAN AWAL UNTUK MENJADI PENULIS

March 20, 2021

Seorang introved yang bercita-cita menakluk dunia. >.<
Saya tidak tahu kenapa saya repeat playlist Chinese bambo flute, sad music hari ini. Melankolik barangkali kerana journey saya pada pertengahan kerjaya terganggu. Namun tidak sebanding dengan peringkat awal dalam bidang ini. Sepanjang pemerhatian saya, ini yang boleh saya nasihatkan kepada penulis baru sebagai panduan untuk menjadi penulis yang serius menjadikan penulisan sebagai sebuah aspek perniagaan.

"Cara saya adalah cara terancang. Jika ingin berjaya sebagai penulis anda harus mencipta plan strategik untuk membangunkan kerjaya penulisan anda." 

Setiap penulis perlu membangunkan strategi mengikut pertimbangan berikut...

Apa kedudukan kamu sekarang?
Apa intentions kamu? 
Kenapa kamu ingin menjadi penulis? Apakah tujuan sebenar kamu? Hal itu yang harus kamu tanyakan kepada diri kamu sendiri sebelum menjadi penulis. Kerjaya penulis bukanlah mudah dan menuntut banyak perkara. Jika ingin menjadi penulis hanya kerana untuk suka suka, saya tidak menggalakkan untuk menceburi bidang ini kerana akan membuang masa kamu jika sudah tidak berminat. Lebih baik masa itu diluangkan kepada sesuatu yang kamu fikir untuk kekal jangka panjang. 

Saya pernah melalui masa masa dimana berlakunya peningkatan kemasukkan penulis baru yang mendadak ketika genre seram sedang berada dipuncak. Kemudian mereka hilang begitu saja ketika berlaku penurunan jualan bagi genre ini. Apakah menjadi penulis hanya untuk jangka pendek? Kemasukkan penulis baru kerana trend. 

Luar biasa lagi apabila berlaku lambakkan karya percuma dari penulis trend, tempiasnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan penulis sedia ada. Malah promosi over doing dengan cara begitu merugikan juga kepada orang lain yang serius untuk menjadi penulis kerana sesetengah pembaca lebih suka bacaan percuma.

Apa mindset kamu?
Jika sudah yakin dengan keputusan untuk menjadi penulis, tiba masanya untuk kamu mastering your mindset. Singkirkan pemikiran negatif dan memupuk perlakuan yang mendorong anda untuk mencapai apa yang kamu impikan. Mindset yang baik akan mendidik kamu menjadi seorang penyabar ketika menyiapkan manuskrip dan mengekalkan kamu di track yang sama.

Paling penting ialah persediaan mental. Penulis harus menjadi seorang manusia yang tabah dan sabar. Penulisan adalah sebuah proses. Untuk lima tahun pertama pastinya banyak dugaan. Ketika kita masih belajar tentang semuanya perlara. Langkah demi langkah. 

Apakah kelebihan dan kekurangan?
Kenal pasti setiap kelebihan dan kekurangan dari diri kamu. Kelebihan yang ada dikekalkan manakala kekurangan itu diperbaiki. Sesuatu yang melibatkan kemahiran boleh dipertingkatkan dengan latihan berulang. Sikap terus mencuba dan berani mengambil risiko demi kerjaya ini akan menampakkan hasil jika berusaha.

Kamu berdaya saing?
Pernahkah kamu dengar tanggapan ramai orang bahawa penulis Malaysia tidak boleh cari makan? Jika kamu seorang yang suka berdaya saing, kata-kata itu dapat ditepis dengan senyuman. Ada penulis yang tidak berani menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya sepenuh masa kerana bimbang income yang tidak menentu. 

Saya salah seorang penulis yang mengambil risiko ini. Kenalan penulis yang saya kenali juga ada beberapanya menjadi penulis sepenuh masa. Sukar untuk hidup sebagai penulis sepenuh masa? Tapi tidak mustahil juga hidup senang dengan hasil penulisan. Ramai penulis Malaysia sudah membuktikannya. Kuncinya, pengurusan masa. Jika kamu sudah ada semuanya namun tidak menguruskan masa dengan baik, ia akan menjadi masalah.

Kemana kamu mahu pergi?
Apakah misi, visi, objektif dan target kamu?
Setiap apa yang kamu usahakan bukan saja jelas kepada kamu namun jelas juga kepada pembaca. Apa yang kamu janjikan kepada pembaca dan pandangan dunia yang mendorong apa saja yang kamu lakukan. Kamu harus sentiasa melakukan brainstorming untuk setiap langkah-langkah yang kamu akan ambil untuk mencapai matlamat kamu. Jika dari awal objektif kamu sendiri tidak jelas, sasaran kamu juga kabur.

Kamu ingin dikenali sebagai penulis apa? Penulis novel seram yang paling unik? Penulis artikel? 

Bagaimana mencapai target?
Pemasaran dan jualan, production dan pengurusan sumber dan organisasi?
Antara semua bahagian, marketing dan branding antara yang sangat penting. Kedua-duanya memiliki perbezaan yang signifikan. Branding adalah nama dari perniagaan sedangkan marketing adalah bagaimana peniaga membangunkan nama tersebut. 

Branding adalah strategi jangka panjang. Bagi penulis, paling penting baginya ialah brand-name authour. Proses branding ini memerlukan masa yang lama. Marketing pula boleh dilakukan dalam jangka masa yang pendek dan sementara. 

Target branding adalah untuk membuat nama anda terkenal (untuk penulis) dan marketing untuk menarik calon pembaca/pelanggan. Keduanya saling memerlukan. 

Kebanyakkan pembeli karya/pembaca saya dari awal kerjaya sehingga hari ini adalah daripada orang yang sama. Fokus saya seterusnya adalah mencari calon-calon pembaca yang baru. Namun, saya mengambil risiko baru iaitu menukar nama pena. Sebelum ini nama pena di dunia pembukuan adalah Syasya Bellyna. Namun, saya berhenti menggunakan nama pena tersebut kerana sebab tertentu. Penukaran itu adalah ketika nama Bellyna sudah stabil dan pembaca sudah mengenali nama itu. Namun, saya putuskan menggunakan nama pena di dunia blog. 

Saya bersyukur kerana nama Syasya de Luna sebenarnya membuka lebih banyak peluang untuk saya mencuba banyak perkara. Perancangan jangka panjang saya lebih jelas dan teratur.

Saya juga tidak lupa bagaimana berlakunya perubahan dalam industri penulisan apabila team seramlicious ketika itu berjaya menjadi leader kepada genre seram di Malaysia. Itu semua hasil daripada branding dan marketing bersama penulis dan rumah penerbitan. Semestinya pujian buat penulis-penulis yang melabur masa untuk menyediakan writing content untuk page dan promosi dilaman sosial. Saya tidak akan lupakan pengalaman menguruskan page penulis bersama beberapa orang penulis dari awal sehingga kemuncak kejayaan.

Setakat mana kreativiti kamu? 
Kemaskini pengetahuan dan kemahiran penulisan kamu. Seberapa banyak karya yang kamu terbitkan namun tidak berkualiti, akan merugikan kamu di masa hadapan. Karya berkualiti boleh dicetak berulang kali dan laku dipasaran. Begitu sebaliknya.

Bagaimana mengetahui strategi kamu berhasil?
Jejak progress kamu. Lihat sejauh mana kamu meningkatkan kemahiran kreatif, pencapaian dan keputusan kewangan setiap tahun. Jika ada kelompongan sehingga gagal mencapai sekian projek yang kamu usahakan, rombak kembali plan kamu. Lakukan brainstorming dan susun atur semula goals anda.

Simpulkan cara marketing anda, lihat target audience, author brand, content strategy dan banyak lagi. 

◦•●LOΌNA●•

Bangunkan platform dan influence anda dari awal. Antara tempat untuk membina tapak dari awal ialah blogging. Buat juga pelaburan kepada pembaca. Tidak semestinya perlu dalam bentuk material, membuat content writing dan email kepada pembaca juga sebahagian dari pelaburan. Ia contoh sebahagian daripada network dan relationship building to extend influence.

Lakukan kempen disosial media untuk membangunkan interest dan sokongan dari fanwork dan calon-calon pembaca. Dalam usaha itu penulis akan mendapat maklum balas yang bernilai dan karya penulisan kamu terdedah lebih cepat dikalangan sasaran kamu dan banyak lagi.

Ada lagi yang boleh dikupas tentang hal ini.

Kenapa semua perkara di atas penting? Kerana menjadi penulis berjaya bermaksud kamu harus menjadi CEO dalam perniagaan penulisan. Penulis harus berfikir seperti itu.

Nota Syasya

5.01 PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe