­

SINGGAH

March 19, 2021


Contoh penulisan saya diawal masuk ke dunia penulisan. Selepas menulis novel solo Obses, saya lebih memperkayakan gaya bahasa didalam karya-karya lain dan melakukan banyak experiment. Mencuba banyak genre dan sentiasa belajar untuk menjadi independent writer.


Repost: 25 Oct 2013

Sekitar tahun 2006..

Kawasan perumahan yang luas dan indah baru dibina di sebuah kawasan hartanah, Selangor. Rumah dua tingkat telah dibeli oleh sepasang suami isteri kerana tertarik dengan harga dan kecantikan seni bina rumah tersebut.

Pak Hamid dan keluarganya begitu gembira kerana dapat berpindah ke rumah sendiri setelah lama menunggu. Seluruh ahli keluarga saling berkerjasama untuk merapikan dan mengindahkan rumah tersebut. Akibat kepenatan, Pak Hamid dan isterinya memutuskan untuk berehat menjelang malam  nanti. Memandangkan setiap bilik masih tidak mempunyai katil kerana rangka belum dipasang maka seisi ahli keluarga tersebut memutuskan untuk tidur di ‘master room’ beramai-ramai dengan beralaskan tikar.

Suasana perumahan amat gelap gelita kerana kebetulan bekalan elektrik terputus. Langit tidak menampakkan bulan mengambang kerana ditutupi oleh awan. Malam tersebut sangat sejuk dan keluarga itu hanya bertemankan beberapa batang lilin. Ema, anak kedua berbaringan bersebelahan pintu yang terbuka mengadap tangga. Matanya meliar memandang siling rumah yang tidak bertutup habis dan menampakkan ruangan gelap. Terbayang-bayang dikepala akan cerita seram seperti 4bia dan Jeritan Kuntilanak. Lalu fikiran dan matanya segera dialihkan ke arah lain dengan memandang sekeliling bilik, melihat kedua orang tuanya dan adik beradik yang tidur nyenyak. Dalam kesamaran cahaya, Ema sedaya upaya melihat jam didinding. Samar-samar. Dianggarkan waktu telah memasuki jam dua pagi. Selepas lama termenung, Ema mulai mengantuk. 

Tap... Tap...

Bunyi tapak kasut menghentak permukaan lantai. Semakin lama semakin kuat dan rentak derapan kakinya seperti sedang mendaki anak tangga. Tapi siapakah yang sebegitu berani memasuki rumahnya dimalam  hari?  Jika orang luar rasanya tidak mungkin kerana setiap taman mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan.

Kedinginan malam makin terasa. Ema tepat memandang hujung tangga. Walaupun jantung berdetak deras, pandangan  tetap dipakukan ke arah bunyi tersebut. Hendak mengejutkan orang tuanya bimbang dimarahi lalu Ema memaksa diri menempuhi lewat malam itu. Sebatang lilin yang menerangi tangga hampir terpadam. Ema segera memejamkan matanya rapat-rapat, mengatupkan mulutnya kerana mengigil dan memaksa dirinya untuk tidur. Saat sebelum terlena, telinganya masih mendengar derapan kaki sang rahsia.

PAGI menjelma. Seluruh seisi keluarga bersarapan. Pak Hamid memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang malam pertama di rumah tersebut. Belum sempat Ema menjawab pertanyaan Pak Hamid, Amir bersuara dahulu.

      “Abah kena kacau ya?” tanya Amir dengan selamba seolah-olah dia mengetahui sesuatu. 

Pak Hamid hanya mengangguk. Pak Hamid memulakan ceritanya.

Semasa kejadian, Pak Hamid di antara sedar dan tidak. Pak Hamid ternampak seorang wanita yang mempunyai rambut yang panjang dan mengerbang. Wajahnya cantik, bajunya berwarna putih dan besar namun koyak rabak. Kakinya tidak bersentuhan dengan lantai bumi seperti terapung-apung di atas jalan.

Dari arah simpang tiga, mahluk itu berjalan dan berhenti di depan rumah Pak Hamid. Setelah lama berdiri, mahluk itu menoleh ke arah rumah Pak Hamid seolah-olah mengetahui rumah tersebut sudah berpenghuni. Lalu mahluk itu meneruskan perjalanan memasuki rumah Pak Hamid. Perlahan-lahan ia menaiki tangga dan membelok ke ruangan bilik yang ditiduri oleh seisi keluarga. Mahluk itu berdiri betul-betul di hadapan Pak Hamid dan di sebelah Ema. Lama mahluk itu merenung wajah seorang demi seorang sebelum mahluk tersebut mematikan pandangan ke sekujur tubuh Amir. 

Di dalam tidur, Pak Hamid melarang mahluk itu dari mengganggu Amir. Seolah-olah seperti mimpi.

       “Engkau jangan berani usik anak aku!” bentak Pak Hamid kepada mahluk tersebut.

Mahluk itu memandang anak-anak Pak Hamid yang lain dan menamatkan renungan pada Siti, isteri Pak Hamid. Mahluk itu merenung Siti dan tersenyum seperti mempunyai niat tersembunyi.

      “Engkau jangan usik bini aku!” Pak Hamid menekan suara yang keras.

Pak Hamid tahu. Dia perlu berkeras kerana isterinya adalah insan yang paling lemah kerana sakit. Bila-bila masa mahluk tersebut boleh merasuki isteri Pak Hamid.  Pak Hamid menghalang mahluk itu dari menghampiri isterinya. Mahluk tersebut mulai berundur dan menembusi balkoni rumah. Terbang sebelum ghaib.

Terkedu seisi keluarga apabila mendengar cerita Pak Hamid. Belum habis terkejut dengan cerita tersebut, Amir memulakan kisah pengalamannya selama dua tahun menginap di rumah itu.

      “Amir kena kacau banyak kali tau. Ada satu malam, semasa Amir menonton television, Air tiba-tiba menitik laju dari mulut paip dan kemudian pelahan. Lepas tu laju balik sedangkan paip tu tak bermasalah pun. Satu lagi masa Amir nak tidur, Amir pandanglah tangga dan  ternampak satu lembaga sedang duduk memerhati dan menjadi kepulan asap sebelum hilang,” ujar Amir.

         “Kenapa baru cerita sekarang?” tanya Pak Hamid.
         “Amir tak naklah cakap. Nanti semua orang takut.” 
          Amir tersenyum.

Nota Syasya 
1.50 AM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe