­

24 JAM JADUAL SDL

March 19, 2021


Petra Braun Illustration

As a writer, you get to play, you get to alter time, you get to come up with smart lines and clever comebacks you wish you’d thought of. — Iain Banks 

#ASK: Bagaimana Syasya membahagikan masa dalam dunia penulisan dan rutin harian anda? (Kelab Pendita, UUM)

◦•●LOΌNA●•

Repost: Catatan 07 February 2016 

Saya selalu ditegur di laman sosial kerana tidak tidur pada waktu yang kebiasaannya manusia tidak akan berjaga pada malam hari. Kekerapan disoal begitu membuatkan saya mewujudkan entri ini. Sejujurnya, berbeza waktu menulis itu bergantung kepada penulis itu sendiri. Saya dikurniakan ilham ketika waktu-waktu begitu. Pada waktu itulah saya tidak gemar diganggu kerana itulah waktu saya berkerja. Malam tidak bising, sunyi dan menenangkan. Saya dapat menyiapkan 50 muka surat dalam satu malam jika masa digunakan sebaiknya. 

Bercakap pula tentang waktu tidur. Saya hanya melimitkan beberapa jam waktu tidur. Orang dewasa tidak memerlukan 8 jam untuk tidur. Cukup enam jam atau tiga jam. Pendek kata, menulis sepenuh masa menuntut separuh hari untuk aktivti menulis. Lantaran saya tidak mempunyai tanggungjawab lain.

kathrinhonesta.tumblr.com

Catatan 2021

Lima tahun kemudian. Game sudah berubah. Tidak fokus semata-mata hanya menulis manuskrip. Ini aktiviti saya pada 19 March 2021. Aktiviti hampir sama cuma waktu yang sentiasa diubah mengikut keperluan. 

1. Penyediaan content writing, audio & video
    - Research, planning, writing, editing

  1. Video scripts
  2. Email newsletters
  3. Social media posts
  4. Podcast titles
  5. YouTube video descriptions
  6. any content (for online marketing purposes)
2. Artwork
     - Untuk peribadi, bukan jualan

3. Menyiapkan manuskrip
     - Biasanya waktu menulis manuskrip memakan 6 -10 jam
     - Waktu malam sentiasa menjadi pilihan untuk menulis manuskrip

5. Spotify
     - Rakaman (persediaan projek podcast)

6. Ibadah

7. Pengurusan rumah

Tetapi jika saya jatuh sakit, semua kerja penulisan diletak tepi. Fokus kepada pemulihan. Tidur sekitar 6 jam. Saya juga menguruskan perniagaan lain selain penerbitan dan penulisan.


Nota Syasya
12.51 AM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe