­

BTS: LAMBAIAN BULAN

March 19, 2021

Kuat benar guruh di luar. Sambil mendengar lagu Out Of The World, saya habiskan update untuk hari ini. Novel solo Lambaian Bulan terbitan 2018 masih belum mempunyai adik. Sabar ya. Saya sedang berusaha keras untuk menghasilkan solo baru. Saya ingin comeback dengan lembaran baru sebagai Syasya de Luna. Harapan saya agar Fanwork memahami harapan saya. 

"Bila dapat tahu cerpen lambaian bulan akan dinovelkan terus rasa teruja dan tak sabar nak dapatkan. Pada awalnya ingatkan ini sambungan kisah Damia Nasuha namun rupanya permulaan kepada kisah wujudnya ilmu lambaian bulan. Masih lagi mengekalkan latar yang sama, Kg Tujuh Tanah yang tiba tiba dilanda geruh. Banyak watak yang berkait rapat dalam novel ni namun sukar ditebak perkaitannya sehingga penghujung cerita baru lah tahu siapa dan mengapa ia terjadi. Memang tak rugi dapatkan novel ni sebab jalan cerita dia memang menarik dan agak menyeramkan.Rasa rasanya kalau ada pihak yang nak dramakan atau filemkan novel seram. Boleh pertimbangkan lambaian bulan ni. Rating: 5/5."  

"Lambaian Bulan ini asalnya cerpen. Bila jadi novel lebih luas dan terperinci penerangan mengenai sihir Lambaian Bulan ini. Mujurlah bacanya bukan di waktu malam. Itupun ada masa-masanya terasa merinding. Tambah-tambah bila baca ketaksuban Melur pada keturunan Nang Lana. Tahniah buat penulis SyaSya Bellyna untuk satu naskah yang sangat menarik. Semoga akan ada karya seterusnya. Rating: 4/5."  

Kita imbas kembali catatan saya pada 27 Oct 2018. Hanya tentang trivia. Trivia diwajibkan kepada penulis untuk tujuan promosi ketika itu.


10 Trivia Lambaian Bulan

1. Penulis yang sinonim dengan cerita-cerita berkaitan sihir, hadir dengan kisah yang diperap lama dalam koleksi manuskrip kerana mistiknya yang kelam dan tersembunyi, menyukarkan pencarian maklumat untuk penyediaan kisah penuh. Makanya naskah ini agak mencabar penulis.

2. Mengangkat salah satu kisah masyarakat yang taksub kepada salah satu amalan sihir yang jarang didengari walaupun mirip.

3. Garapan cerita yang lebih padat dan pantas.

4. Penuh elemen kepercayaan masyarakat terhadap animisme dan dinamisme dihidangkan di dalam naskah ini.

5. Perubahan situasi mengikut tiga zaman yang saling berkait plotnya dan menyentuh sedikit sejarah. Antaranya zaman penjajahan yang mengusik sedikit memori seorang nyai. Wanita simpanan penguasa Belanda.

6. Beberapa watak di dalam naskah ini adalah inspirasi dari watak dan kejadian sebenar. Diadun cerita agar sepadan.

7. Jenis barang dan elemen praktikal sihir itu sendiri sudah banyak diubah oleh penulis agar tidak dapat ditiru semula untuk amalan dalam dunia sebenar. Namun, pembaca masih dapat memahami motif dan kegunaannya.

8. Penulis menyampaikan moral tersirat di dalam kisah ini beiringan dengan pengetahuan lain dunia mistik.

9. Dipenuhi teka-teki yang memerlukan anda untuk terus peka.

10. Kisah di dalam novel ini berkait dengan karya-karya lain penulis namun semua naskah ini berdiri sendiri tanpa gangguan penceritaan dan tidak menyekat penamat.


Sinopsis
Melingkari Abad ke-18 sehingga 2018, semua generasi Nang Lana hidup dalam ketakutan. Pernolakkan Nang Lana untuk mewarisi amalan sihir yang kuat telah menimbulkan dendam dalam diri Melur. Disebabkan itu, Anggun dipergunakan oleh Melur untuk membuatkan Nang Lana menderita. Nang Lana melarikan diri ke tempat baru iaitu kampung Tujuh Tanah dan telah menimbulkan huru hara. Warisan amalan sihir menjadi rebutan dan lebih banyak nyawa menjadi korban. Namun, Nang Lana sentiasa selamat dan itu menjadi sebab buat Melur melakukan perjanjian dengan mahluk hitam.

Helah Mahluk hitam telah menyebabkan kematian secara tidak wajar sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk Tujuh Tanah. ‘Pagar’ ghaib yang melindungi kampung dari anasir ‘jahat’ telah roboh. Kedatangan Andara, seorang pegawai polis untuk menyiasat kes kematian dan Azhar, seorang pengamal spiritual membuka rahsia sebenar.

Siapakah Melur yang sentiasa berusaha menggugah keimanan Nang Lana? Adakah sengketa yang berlaku di setiap generasi Nang Lana dan penduduk kampung Tujuh Tanah akan berakhir? Benarkah mereka yang berada di sekeliling mereka berniat baik?

        “Apa yang ikut kau balik, Khairul? Makhluk jahat mana yang kau buru ni?” soal Azhar dengan wajah serius.
       “Aku akan berikan korban yang aku cabut nyawanya baru-baru ini. Kau boleh ambil qarinnya untuk dijadikan hamba,” tawar Melur.
        “Dia menyantet orang dengan ilmu paling kejam. Santet tusuk konde. Amalan dari sihir lambaian bulan,” jelas Pawarka.


Nota Syasya

5.07PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe