­

BTS: TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN

March 19, 2021

Hello peeps. Hujan lebat petang ini. Oh, bagaimana dengan hari anda? Sudah empat tahun lebih karya dalam Projek Seram Terowong ini diterbitkan. Terimbas kembali memori. Yea.. saya harap karya ini dapat dicapai lebih ramai pembaca diluar sana dan terima kasih untuk semua sokongan anda kepada saya, fanwork :)

"Terawangan, sebuah terowong di Gunung Kelibut merupakan terowong alam ghaib yang menuntut korban setiap 20 tahun. Namun, siapakah dalang sebenarnya yang mematerai perjanjiam dengan Raja Hitam, penguasa kawasan itu? Kali ini berkaitan amalan syirik yang dilakukan oleh penduduk sebuah kampung demi kemewahan. Ramai yang kenjadi korban terowong tu. Tapi ade sedikit kekeliruan masa, sekejal kate da 100 tahun, pastu da 20 tahun.. macam tak konsisten. tapi still ok, banyak pasal jin kafir n qarin dikongsi penulis dalam ni. Rating: 4.3/5." Heril Azwan 

(untuk review di atas, terima kasih. Untuk pengiraan tahun, insyaallah pembaca lain tidak ada masalah untuk memahaminya.)

"Cerita terakhir pada saya adalah hidangan penutup untuk hari ini. Penulis sangat bijak mengolah sebuah cerita seram dengan adunan bahasa yang sangat menarik. Persoalan dan misteri berjaya digabung sehingga kebenaran terbongkar." 

"Satu yang saya suka tentang penulisan Syasya Bellyna ialah bahasa yang digunakan. Indah dan kemas. Enam orang peserta berbasikal yang mengikuti program melalui Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi dicelah Gunung Kelibut tidak menyedari bahawa mereka telah ditanda penilikan oleh qarin masing-masing dek kerana perjanjian dua dimensi selari dengan peristiwa kontrak 20 tahun sekali. Siapa terkena, siapa mengena, siapa berjaya, siapa terpedaya. Semuanya terjawab setelah pertempuran antara hak dan batil berlangsung demi keinginan yang berlawanan. Rating: 5/5. 

"Bila terlihat sahaja nama penulis ini digabungkan pula dengan dua penulis yang lain. Dah terasa aura hebat Projek Seram Terowong. Gaya penulisan Syasya Bellyna tak perlu disangkal lagi. Memang terbaik antara yang terbaik. Plot twist dia kemain lagi, memula ingatkan orang ni yang jahat. Rupanya org lain pula. Rating: 5/5."  

"Fuhh elemen seram dia. Seram bila baca kisah yg melibatkan pemujaan dan dunia ghaib. Rating: 5/5."  

Repost: Catatan 21 Nov, 2017

Saya teringat kembali beberapa bulan yang lalu (2017) apabila projek seram Terowong diwar warkan editor dan pemilihan penulis telah ditetapkan. Terdetik di dalam hati, saya sukakan tema ini. Namun, siapa sangka peluang terbuka namun lama saya memikirkannya sebelum memberi respon dalam pemilihan saya untuk menggantikan penulis asal yang bagi saya, beliau penulis yang hebat.

Dengan rendah hati saya mencuba juga dan menghentikan sebentar penulisan manuskrip solo. Bergandingan dengan penulis-penulis hebat dan punya nama yang besar, sejujurnya saya sentiasa berasa kerdil dan gemuruh. 

Tajuk karya saya kali ini adalah Tumbal (Korban) Terowongan (Laluan) Terawangan (Alam Ghaib) alias TTT. Tajuk paling panjang dalam PS Terowong dan dalam koleksi tajuk karya sayaApabila saya mula memikirkan idea, saya sentiasa ingin memisahkan ingatan karya-karya saya sebelumnya dan mereka cerita baru. Namun, saya teringatkan bab-bab yang dibawa keluar dari manuskrip solo seram saya yang sedang diusahakan sebelum ini. Akhirnya saya memutuskan untuk mengambil dan menjadikan ia pembuka ‘selera’ sebelum solo seram saya muncul. Namun, subjeknya berbeza.

Ada sebuah padepokan (tempat belajar agama) dari seberang yang sering menjadi rujukkan saya dalam menghasilkan karya seram. Saya mengambil pengalaman mereka dalam proses penarikkan mahluk alam ghaib ke demensi manusia digabungkan dengan pengalaman SB sendiri semasa kecil. Apakah dia pengalaman itu? Biarlah anda berteka teki babak mana yang pernah ditempuhi saya.

Sejujurnya ini karya paling laju saya hasilkan selepas KSMJ kerana tempoh deadline yang pendek. Saya sudah sehabis baik mengusahakannya. Mungkin anda akan sedari apa yang saya cut dan add dalam penulisan kali ini seandainya anda sudah terbiasa dengan cara saya menulis. 

Satu perkara yang saya boleh janjikan daripada TTT ialah ilmu. Pengetahuan tentang dunia jin yang mungkin anda sendiri tidak pernah tahu. Insyaallah.

Kenangan dengan nama pena ini.

Sinopsis

Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?

Petikan TTT

“Pintunya telah terbuka. Tempatnya sangat negatif. Penuh dengan energi ketakutan kerana pemikiran-pemikiran manusia yang menghadirkan unsur-unsur itu,” ujar Sidiq.

“Malam ini kita akan buka lagi tabir alam ghaib untuk mengungkap kebenaran. Bagaimana dengan pengadu? Aral apa yang kau maksudkan?” tanya Said.

Sidiq mencerlang dari Terawangan ditandu ke semak samun di hadapannya. Pepatung berterbangan dari pucuk ke pucuk lalang. Mega yang bersisa di kaki langit memerah, mencorakkan langit yang dilitupi sebahagian awan mendung. Cahaya berbaki, tempias ke semak samun, menjadikan pemandangan sungguh indah namun telah dicemari aura negatif

“Ada hambatan yang menutup perjalanannya ke mari,” jawab Sidiq, tidak jelas.

“Boleh dia hadapi?” Said ragu.

“Kita percayakan saja dirinya,” ujar Sidiq.

Said mengangguk. Mereka berdua beransur meninggalkan waduk Bayang yang dipenuhi mata-mata ghaib. Keresahan menggelupur walaupun dimensi nyata ini kelihatan tenang.


Nota Syasya

4.32PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe