PROPOSAL KARYA FIKSYEN YANG DISUKAI EDITOR?
March 17, 2021
Hai. Post ini ditulis pada jam 10:49PM (17 March 2021) dan ini adalah perkongsian saya tentang proposal yang bakal disukai editor. Sejujurnya saya tidak pernah membuat proposal kerana sebahagian karya saya yang diterbitkan adalah lamaran daripada rumah penerbitan. Saya dipinang oleh salah satu syarikat penerbitan selepas saya meletakkan karya di website rumah penerbitan tersebut. Editor telah membaca karya saya dan meminta manuskrip penuh untuk diterbitkan. Ini kes yang berbeza. Namun, saya pernah melakukan kesilapan dengan tidak membuat proposal untuk solo pertama yang pernah saya hasilkan. Akibatnya manuskrip beratus muka surat itu di-reject. Hehe
Namun, jangan tinggalkan bacaan sampai di sini. Saya tahu prosesnya. Walaupun saya memberikan manuskrip penuh, ia masih melalui proses yang sama seperti proposal (kecuali manuskrip yang terus diiterbitkan mengikut jadual. Biasanya untuk penulis yang sudah lama dengan rumah penerbitan itu atau editor sudah tahu kemahiran penulis tersebut). Malah lebih sakit jika di-reject. Manuskrip beratus muka surat!
Ini adalah cara membuat proposal/manuskrip yang disukai editor mengikut pendapat saya dan sahabat saya yang juga seorang editor.
Saya sedang mendengar Podcast KChampion, Malam Seram.
#ASK: Boleh Syasya kongsikan bagaimana untuk membina proposal yang disukai editor? (Kelan Pendita, UUM)
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Sebelum itu pastikan rumah penerbitan mana yang kamu hajatkan kerana tidak semua rumah penerbitan mahukan proposal. Ada yang lebih memilih manuskrip penuh. Penulis baru harus bertanya dulu dengan syarikat penerbitan bagaimana mereka mahu berurusan kerana mereka mempunyai cara sendiri. Lihat rumah penerbitan selesa yang mana satu.
Jika proposal diluluskan, barulah penulis boleh melanjutkan proses menyiapkan manuskrip penuh. Setelah manuskrip diterima, karya itu akan dinilai buat kali kedua. Proposal yang diberikan oleh penulis adalah tahap pertama penilaian. Editor akan memberi komen dengan harapan penulis menjadikan ia sebagai panduan. Pada penilain kedua (bagi manuskrip), penulis harus memberi masa kepada editor untuk menilai. Potensi untuk manuskrip ditolak tetap ada kerana proposal sudah menarik namun jika dalam versi penuh, tidak mencapai jangkaan editor. Maka harus berhati-hati ketika menulis manuskrip penuh.
Jika rumah penerbitan mahukan manuskrip penuh tanpa membuat proposal dahulu, ia memudahkan dan menjimatkan masa editor kerana kerja editor sangat sibuk. Banyak manuskrip yang dihantar ke rumah penerbitan. Editor akan memberi komen selepas penilaian jika perlu ada penambahbaikkan. Sama ada memerlukan sedikit perubahan atau perlu melakukan rombakkan yang besar.
Apa yang perlu ada dalam proposal/kertas cadangan?
1. JUDUL/TAJUK
Sebagai penulis, anda berhak mencadangkan tajuk. Namun, penerbit juga boleh menolak tajuk pilihan anda dan menggunakan tajuk yang mereka rasakan lebih sesuai. Tajuk yang pernah saya hasilkan hanya sekali saja diubah editor kerana bahasa yang saya gunakan tiada dalam PRPM. Mungkin penulis boleh mencari tajuk yang sesuai buat pasaran. Tajuk boleh dibincangkan semula bersama kedua-dua pihak jika berasa tidak berpuas hati.
2. SINOPSIS LENGKAP
Sinopsis harus lengkap dan penuh. Jangan hantar sinopsis pendek. Dari awal cerita sampai penamatnya. Editor ingin tahu sama ada cerita itu menarik atau tidak. Dalam satu hingga tiga muka surat. Jangan bimbang, tulis sahaja cerita yang kamu sudah fikirkan. Jika proposal lulus, boleh ubah jalan cerita. Namun, pastikan jalan cerita yang diubah lebih menarik daripada sinopsis awal anda.
2. TIGA BAB AWAL
Kenapa perlu menyediakan bab awal? Kerana editor mahu menilai gaya olahan anda. Sinopsis sudah cantik namun cara mengolah cerita hancur. Ini benar benar memotong mood editor, Jika masih boleh diperbaiki, editor akan memberi cadangan.
Jika porposal/manuskrip dirasakan tidak sesuai untuk rumah penerbitan tersebut, mungkin mereka akan mencadangkan penulis ke rumah penerbitan lain yang sesuai dengan cerita yang penulis garap. Jangan lupa sertakan maklumat diri ketika menghantar proposal/manuskrip. Hanya menggunakan email saja. Zaman teknlogi. Serupa jika menghantar manuskrip penuh. Tidak perlu hard copy. Cukup soft copy.
Semoga dapat membantu anda.
Nota Syasya
12.17AM
0 comments