­

PENULIS (BELAJAR SENDIRI)

March 17, 2021

Cuaca panas hari ini. Agak kabur pandangan saya. Namun, saya ingin berkongsi sebuah pertanyaan dan jawapan. Soalan ini sesuai dengan saya kerana saya adalah penulis self-taught. Ini trick saya dan saya pernah kongsikan ini di laman sosial. Dikalangan penulis memberi respon nervous kerana saya pernah mengatakan bahawa untuk mengenali siapa penulis dibalik tabir ialah dengan membaca karyanya. Maaf, tiada niat. Saya hanya fokus kepada pembelajaran. Ini trick paling mudah untuk belajar menulis dengan cepat tanpa mengeluarkan wang.

Saya pernah mempunyai masalah untuk mengembangkan cerita namun untuk mendapatkan nasihat daripada ahlinya agak sukar kerana saya sebagai penulis baru berasa segan dan tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan. Sedangkan bakal penulis banyak mengambil kelas menulis. Kerana itu saya rasa method ini berjaya mengajar saya.

#ASK: Kalau banyak membaca boleh pandai menulis ke?

◦•●LOΌNA●•

Ya, Namun, banyak membaca harus diiringi dengan banyak berlatih menulis juga. Saya membaca banyak novel tanpa mengira siapa dan berapa lama pengalaman menulisnya pada awal kerjaya sebagai penulis untuk belajar rentak penulisan dan cara mengembangkan plot. Setiap perbezaan akan membuatkan anda cepat mengasah kemahiran. Namun, tidak bermaksud saya ingin membezakan keupayaan orang. Ada penulis baru yang sangat berbakat dan hasil kerjanya seolah-olah sudah menulis lama dan sebaliknya. Kita sebenarnya hanya mahu belajar.

Bagaimana cara saya melakukannya?

Sediakan pensil atau pen. Buku, sticker note dan labeling paper. Saya memulakan pembacaan. Saya sedang membaca fikiran penulis. Saya ingin memahami rentak penulisan penulis. Tapi hati-hati ya. Bimbang ketika membaca idea penulis, kita terpengaruh dan menjadi punca menciplak.

Saya catat berapa banyak watak, berapa lokasi yang digunakan, teknik apa yang penulis gunakan, apa jenis konfliknya, ilmu pengetahuan yang diselitkan, apa genrenya dan sebagainya. Ini membantu saya daripada masalah melewah. Saya tahu apa yang patut ada dan yang patut dielakkan. Semakin banyak membuat catatan, semakin jelas cara membina dunia novel. Setiap karya yang berbeza daripada pelbagai rumah penerbitan juga membantu kita memahami kehendak rumah penrbitan. Mereka mahu karya yang bagaimana untuk meluluskan manuskrip penulis.

Setelah itu, saya mencari gaya sendiri dengan berlatih menulis. Setelah saya yakin dengan gaya penulisan sendiri, saya mengubah bahan bacaan. Berlaku pemburuan idea. Proses yang saya lalui dalam penulisan ini juga berkait dengan latar belakang (cara saya memandang dan melalui kehidupan). Saya memulakan journey ini dengan pemikiran ini dan pembaca berjalan bersama saya dalam dunia imaginasi yang saya reka. Pada peringkat terakhir, saya hanya ingin tahu adakah pada nokhtah akhir journey ini pembaca berhenti bersama-sama saya atau berjalan ke arah lain. 

Proses edit dalam fikiran saya terus berlaku. 

Proses penulisan melibatkan pembelajaran. Setiap pembelajaran akan berlaku perubahan. Proses journey saya akan tamat jika saya berhenti belajar dan itu tidak mungkin bagi saya. Kerana saya sedar, setiap kekuatan akan ada rekahannya iaitu kelemahan. itu yang harus saya jaga. Kelemahan itu saya harus timbus dengan pelbagai jenis ilmu. Itu juga tidak akan menghentikan saya daripada mengambil risiko kerana kita tidak tahu sejauh mana penulisan ini boleh membawa kita. 

Risiko buku laku atau tidak akan saya fikirkan kemudian (itu boleh diusahakan dengan marketing yang berkesan) kerana saya tetap percaya wujud pembaca yang akan melengkapkan journey ini. Mungkin mereka sedang menyesuaikan diri dengan karya saya atau belum menemui saya lagi.

Hari ini saya mendengar lagu single terbaru daripada Rose. Gone. 

Nota Syasya,

5:29 PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe