­

DARK PSYCHOLOGY

March 17, 2021

iPredatorDark Psychology is the study of the human condition as it relates to the psychological nature of people to prey upon other people motivated by criminal and/or deviant drives that lack purpose and general assumptions of instinctual drives and social sciences theory. All of humanity has the potentiality to victimize humans and other living creatures. While many restrain or sublimate this tendency, some act upon these impulses. Dark Psychology explores criminal, deviant and cybercriminal minds.

◦•●LOΌNA●•

Hello, readers. Sebentar dingin, sebentar panas cuaca hari ini. Begitu juga cerita hari ini.


Salah satu genre yang saya bertangguh untuk selesaikan ialah genre jenayah psikologi. Padahal banyak idea untuk genre ini dalam simpanan saya. Pelaburan saya untuk karya bergenre ini, lebih mahal (buat masa ini) daripada kajian saya pada genre lain. Kadang-kala saya meminta bantuan daripada penjual untuk mendapatkan naskah-naskah yang berkaitan jika tiada didalam pasaran Malaysia. Saya tidak menemuinya di perpustakaan berdekatan.

 

Baru-baru ini saya mendapatkan naskah berkaitan psikologi dan penjual memberikan saya beberapa ebook percuma yang menjurus kepada motivasi hidup. Saya memahaminya kerana semua naskah yang saya tempah sangat kelam. Penjual ini bagus. Mereka peduli. Malah, pesanan mesej juga seperti berhati-hati. Kihkihkih Ada juga penjual yang memberikan ucapan semoga naskah yang mereka jual dapat membantu pembelajaran saya.


Buku yang saya mahu itu agak kontroversi di luar negara. Namun, jika berada di tangan orang yang betul, ia hanyalah sebuah buku pembelajaran hidup untuk manusia normal. Jika dibaca oleh seorang narcissi yang mempunyai mindset psikopat dan menjadi manusia lebih manipulator, RED FLAG. Ini juga awarness buat mereka diluar sana.

 

Saya pernah berhadapan dengan beberapa individu yang memiliki mindset manipulator dengan bad attention. Anda tidak akan tahu bertapa cerdiknya pemikiran mereka untuk mengawal situasi. Saya bersyukur dibesarkan dengan pengalaman-pengalaman berharga yang saya dapat daripada kes yang pernah diuruskan oleh abah dan pakcik saya. Pastilah ada pengalaman sendiri. Namun, kerana itu juga saya bertangguh untuk menyiapkan karya dalam genre ini. Semakin banyak patah perkataan bertambah, semakin saya berdebar. Bukan kerana cerita saya tapi saya mempunyai kebimbangan lain. Jadi, saya harus banyak membuat semakkan dan kajian untuk setiap kes yang saya mahu angkat.



Untuk menghasilkan sebuah karya berjiwa, saya perlu masuk ke dalam pemikiran pemegang watak. Dan ia sangat melelahkan namun sesuai tanggungjawab seorang penulis. Harus berfikiran ‘jahat’ untuk merealisasikan plot. Satu lagi kebimbangan saya. 

"Penulis berjaya menghasilkan sebuah scene pembunuhan yang nampak real kerana dialah psikopat itu." Pernah rasai sendiri dituduh begini? Pastilah saya pernah kena. Kadangkala ada pembaca akan mempertikaikan penulis. "Penulis macam baik aje tulis banyak nasihat. Tapi dia sendiri buat tak?" Perghh... so mean. Hehehe

Apapun bagi saya genre ini sangat best kerana berkait dengan subjek psikologi. Selain dari karya dalam genre song literature yang saya teringin hasilkan, genre ini juga antara kegemaran saya. Ah, saya mahu cuba semua genre jika berkesempatan. 


Nota Syasya

1:16AM





You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe