­

FLASH FICTION: SHORT SHORT STORY WOLF!

March 17, 2021


Flash fiction is a genre of fictiondefined as a very short story. While there is no set word count that separates flash fiction from more traditional short stories, flash fiction stories can be as short as a few words (while short stories typically run for several pages).

◦•●LOΌNA●•

Hello pembaca. Mari kita berbicara tentang salah satu genre yang kerap saya tulis walaupun jarang saya siarkan. Ya, flash fiction. Pembangkang teknik fast pacing atau yang tidak mahu tahu apa itu fast pacing, tak boleh baca post hari ini kerana akan menjentik trigger kerana flash fiction lebih laju dari teknik fast pacing. fufufu just kidding. Merekalah calon paling wajib baca untuk menambah pengetahuan.

Genre flash fiction biasa saja bagi penbaca luar negara kerana tidak asing bagi mereka. Penulis luar negara kerap menulis genre ini. Saya lebih suka cara ini dibandingkan cerpen kerana hanya mengambil masa satu hari. Konsepnya juga berbeza. Tapi ya. Cerpen dikatakan lebih bernilai untuk diterbitkan kerana sasaran untuk projek buku bertema. Cerpen yang dulunya cukup maksimum 5 muka surat sudah dinaik sampai 50 muka surat demi ketebalan buku nanti.

Dan sebagai penulis, cuba saja! Mahu menjadi penulis serba boleh? Maka anda kena cuba semuanya. Flash fiction pun boleh merimbunkan pendapatan jika tahu dimana platform-nya.

Saya akan kongsi di post berbeza bagaimana mempergunakan flash fiction sebagai bahan promosi dan cara menulisnya. Flash fiction pun boleh jadi content. Pelik difikirkan kenapa genre ini tidak dimanfaat dengan baik.

Flast fiction ada sejarah yang panjang. Ia juga dikenali sebagai poskad fiksyen, sudden fiction, micro fiction, short short, short short story. twitterature” story dan the six-word story. Banyak term. Maka ada penulis yang tidak tahu bagaimana menulisnya dan berapa panjang cerita sepatutnya ditulis. Namun, kita boleh menulis apa saja genre, gaya dan tone. 

Penulis memasukkan semua elemen termasuk watak, konflik, permulaan, pengakhiran dan story goals. Cabaran penulis di sini ialah permainan masa untuk membangunkan semua elemen dan banyak hinted atau hal tersirat. Tekniknya show not tell. Showing not telling sangat penting untuk mini genre ini. Nanti kita kupas di post lain.

Contoh cerpen yang menggunakan Flash Fiction.

◦•●LOΌNA●•

Dingin hati mula membekukan jiwa lewat musim bunga. Kepingin melahirkan putik sakura namun curahan kasih sedia terbejat tatkala meragui perubahan angin yang bisa menggugurkan pautan rindu. Pawana melalui ruang hati bisa meninggalkan memori pahit bak hempedu. Sakit menerima bahana jatuh cinta buat kali kedua malah kronologi menyerupai yang pertama. 

Sebisa perasaan menjauhi dunia antara dua insan namun takdir menjalin ikatan kuat lantaran agenda yang di atur sejak wujudnya roh di rahim seorang bonda. Dari mana dia datang, memberi penawar kesepian. Setiap lantunan bicara dihadam nyaman namun di penghujung mentari melabuhkan sinarnya dipinggul langit, bisa menyerap ke pangkal hati, membuatkan aku nazak. Setiap kata yang bersulam, mengikrarkan janji sampai terputus nyawa, namun hanya di sisi ini menyambut kehadiran filantropi. Sedangkan di sisi sana berdiri di atas tembok pertalian tanpa perubahan.

            “Cinta tu menyakitkan.” Ada sejarah lama.
            Aku panik. 
            “Kau nampak aku?” Adakah dia pernah melihat aku di simpang jalan menuju kebahagiaan?
            “Kita tidak pernah bersua.”
            “Tapi dalam mimpi kita selalu bertatapan mata.” 

Tiada balasan kata. Waktu seakan terhenti. Mungkin dia sedang berfikir. Nafasku kencang. 

            “Sebelum tidur basuh kaki.” 
            Hey! Aku bukan mimpi buruk. “Lain kali kita berbual lagi”
            “Aku akan menantikan kau.”
            “Jangan ditunggu.”

Aku menunggu serigala bangkit dari beradu dan berdiri mengadap sang bulan dengan keyakinan, lalu berkata, aku tidak akan pentingkan diri lagi.

Art: Chiara Bautista

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe