SURAT DARI ALAM GHAIB
July 12, 2019
Bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi pembaca-pembaca kerana mereka sudah
selalu membaca tentang alam sana melalui perspektif saya. Disebalik kisah yang
saya ceritakan mereka menyangka saya adalah seorang Indigo atau berkebolehan
melihat alam mistik secara total. Namun, hakikatnya saya juga seperti penulis
seram yang lain. Mengetahui sesuatu hal melalui kajian dan cerita-cerita orang.
Namun, saya tidak menafikan pernah mengalami pengalaman mistik sejak kecil. Penglibatan
saya dalam penulisan buku seram membuatkan saya lebih sensitif dan peka
berbanding semasa kecil. Maka, semuanya diadun menjadi naskah cetakkan.
Sebagai novelis, saya menerima anggapan pembaca sebagai
satu bentuk promosi. Bukan tidak pernah diberitahu namun pembaca mengingati
penulis melalui penulisannya. Ia juga satu kepuasan kerana apa yang paling
diingini oleh seorang penulis adalah karyanya diingati pembaca. Bagi saya, jika
pembaca dapat menghayati dan terkesan dengan cerita yang disampaikan, itu sudah
memadai.
Nah, surat dari alam ghaib ini sebenarnya sudah tercatat
dalam hampir semua karya seram saya. Contohnya dalam penerangan ilham penulis ini. Ada bahagiannya merupakan pengalaman saya di sana.
Tunggu karya saya yang seterusnya untuk mengetahui apa isi surat dari alam ghaib seterusnya.
0 comments