NINIE OTHMAN | DEL OSMERA
December 01, 2019
“All good books are alike in that they are true than if they had really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you: the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was. If you can get so that you can give that to people, then you are a writer.” ―
Tak perlu diperkenalkan lagi siapa Ninie Othman atau nama lainnya Del
Osmera. Gadis muda ini telah menghasilkan banyak karya berkualiti yang telah
diterbitkan di merata penerbitan termasuk dibawah lebel syarikatnya sendiri.
Penulis bestseller ini lebih memfokuskan genre seram yang sesuai dengan
minatnya. Karya terbaru beliau ialah PSYCHOMANTEUM dibawah penerbitan Karya Publika. Jika
anda berminat, boleh dapatkan naskah ini di toko-toko buku berhampiran atau
dengan penulisnya sendiri.

SINOPSIS :
Kehidupan tiga penyiasat paranormal berubah 180 darjah apabila salah seorang dari mereka menyeru roh kakak kembarnya yang meninggal dunia dengan menggunakan teknik psychomanteum. Teknik menyeru roh menggunakan cermin itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila yang muncul bukanlah roh arwah kakaknya.
Trivia PSYCHOMANTEUM :
- Bergenre seram mistik paranormal.
- Ada unsur-unsur 'satanic' (kerana ilmu hitam yang ditonjolkan) yang saya tak pernah buat sebelum ni.
Ada dua lagi karya beliau yang sedang dalam tempoh pre-order iaitu Kompilasi Kisah Seram Pendek dan Leman & The Geng.- Ada unsur-unsur 'satanic' (kerana ilmu hitam yang ditonjolkan) yang saya tak pernah buat sebelum ni.
Sembang penulis : "Dua projek zine saya. CERTOT tu ditukar tajuk kepada KOMPILASI KISAH SERAM PENDEK dan inshaaAllah saya akan usahakan ke percetakan tak lama lagi. Yang kedua ialah siri LEMAN & THE GENG : ROMBONGAN BERHANTU. Seperti biasa, Leman dan kawan-kawan bergenre seram komedi. Ia ditulis di atas permintaan ramai yang mahu kisah Leman & the geng dipanjangkan. 1. KOMPILASI KISAH SERAM PENDEK - RM15 2. LEMAN & THE GENG : Rombongan Berhantu - RM15 - 20 (harga belum difinalisekan lagi)"
0 comments