­

SYASYA BELLYNA ft. SYASYA de LUNA

January 14, 2020

Assalamualaikum, salam sejahtera. Bersyukur kepada Allah atas nikmat rahmatnya buat saya meniti hari-hari dengan sedikit ketenangan untuk terus menulis. Alhamdullilah setelah banyak melalui banyak liku-liku cubaan, akhirnya saya dapat melahirkan karya kolaborasi baru di tahun 2020 iaitu Kembara Mistik: Perigi terbitan Fajar Pakeer. Satu permulaan baik bagi saya untuk aktif kembali dalam penulisan. Sepanjang beberapa tahun melakukan percubaan dalam penulisan, saya dikenali sebagai Syasya Bellyna. Nama yang dicipta sendiri dengan menginspirasikan pari-pari bunga iaitu Tumbellina. Sebuah nama yang sangat memberi makna namun bagi tahun 2020 saya beralih semula ke nama pena lama iaitu Syasya de Luna. Nama ini adalah nama pena saya ketika aktif dalam dunia blog. Bermakna nama pena ini lebih tua dari nama Bellyna. 
            Inspirasi nama ini ialah menggunakan bulan sebagai objek. De di sebut dengan sebutan THE loghat bahasa English American. Luna bermaksud BULAN. Syasya si Bulan. Kedua-dua nama ini mendapat restu keluarga. Itu yang penting bagi saya.  Syasya itu sendiri adalah nama timangan saya. 
            Kenapa tak teruskan nama Syasya Bellyna? Mulai 2020, nama itu tidak lagi digunakan atas sebab tertentu. Tidak penting namanya Bellyna atau de Luna. Saya lebih gemar dikenali kerana karya-karya yang berkualiti dan tidak boleh dilupakan (Amiin YRA). Motto hidup saya masih sama. BIAR KEJAYAAN MENGEJAR KITA. BUKAN KITA MENGEJAR KEJAYAAN. Kata-kata itu sangat mendalam dan memberi peranan besar ketika Sya membuat keputusan dan nilai diri saya.
            Tidak kisah apapun nama saya gunakan, semoga pembaca dapat meneruskan sokongan ke atas karya-karya saya. Tiada apa saya harapkan selain pembaca rasa terhibur dan dapat memberi manfaat kepada anda.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe