RELAXING THINGS
January 26, 2020“The fact is, inner peace isn't something that comes when you finally paint the whole house a nice shade of cream and start drinking herbal tea. Inner peace is something that is shaped by the wisdom that 'this too shall pass' and is fired in the kiln of self-knowledge...” The brilliant book of calm: Down to Earth Ideas for Finding Inner Peace in a Chaotic World
“You need to empty your mind, and relax each other muscle group until you feel like you are going to melt into the floor. Then you just let it all go. All the expectations, all the unneeded worry, all the things other people want for you but you don't want for yourself.”
― Lucky in Love
Kehidupan yang sibuk membuatkan kita sering ingin lari daripada tekanan. Setiap orang ada cara tersendiri untuk membuang perasaan yang terbeban. Sejujurnya kerja yang saya lakukan sekarang amat melelahkan walau kadang menyeronokkan. Bekerja sebagai penulis bukanlah satu-satunya tanggungjawab saya. Namun, saluran seni ini juga menjadi salah satu tempat saya melepaskan tekanan. Contohnya, blog. Penulisan novel tidak banyak larinya dengan penulisan blog. Dan blog adalah cinta pertama saya sebelum rasa itu berpindah dalam rupa naskah. Namun, saya juga terikat dengan masa. Menjadi penulis sepenuh masa dan juga melakukan kerja hakiki yang lain, menghadkan keinginan saya dalam melampiaskan kelelahan. Makanya, amat terhalang untuk saya sentiasa berada di sini setiap hari.
Apa yang saya boleh buat untuk melepaskan rasa yang berat ini ialah dengan tidur. Namun, untuk tidur itu sendiri saya memerlukan kerja keras. Untuk mendapatkan kualiti tidur itu sangat payah. Jika tertidur awalpun, ianya hanya sebentar. Boleh dikatakan sepanjang hari-hari yang saya lalui, 24 jam itu padat dengan kerja dan aktiviti wajib. Masuk pukul 8.00 pagi, pulang jam 5.00 petang bukanlah kebiasaan saya. Kehidupan di malam hari juga bukanlah kebiasaan saya untuk tidur. Kebiasaan melewatkan jam tidur tanpa tubuh kita dapat mengawalnya, membuatkan kadang kala saya mengalami insomnia dan keresahan. Cara untuk lelap pun memerlukan usaha.
Saya banyak melakukan percubaan. Menggunakan aromaterapi, membaca blog, mendengar lagu, mendengar zikir dan sebagainya. Dengan kata lain, fokus saya harus ke arah yang membuatkan saya menjadi sangat tenang. Dalam pada masa yang sama saya menyedari rupanya ramai yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Apa yang ada pada saya, ingin saya kongsikan dengan orang lain juga untuk membantu mereka. Bagi saya kombinasi bacaan yang membuatkan kita menurunkan keterujaan (tenaga berlebihan) dan emosi yang tidak stabil dibelai-belai mendorong tubuh untuk berehat.
Maka, saya berusaha juga walau sedikit untuk memuat naik sesuatu di blog untuk bacaan bersama. Moga ada yang mendapat manfaat walau sedikit. Insyaallah,
Nota Syasya
10.04 AM
0 comments