NOVEL CORONAVIRUS | PANDEMIK
January 30, 2020
Coronavirus dari China ini mengingatkan saya tentang karya KOD dalam Projek Thriller Vape. Walaupun sumber masalah virus dari Wuhan, China ini berpunca daripada pemakanan, namun ia melibatkan sistem dunia yang dihuni manusia. Karya ini digambarkan melalui konflik antara manusia dan alam. Sesuatu yang aneh terapung-apung di udara dan bergerak ke serata dunia. Ia telah melangkaui sempadan. Situasi ini dirujuk sebagai pandemik. Walaupun saya menulis kisah KOD, saya sentiasa mengharapkan ianya hanya sekadar fantasi. Namun, hal ini wujud dalam realiti. Menakutkan bagi saya apabila memikirkan wabak berbahaya begini merebak.

Didalam KOD, watak utama terpaksa menggadaikan nyawa untuk mengenal pasti masalah yang melanda. Sebagai saintis, watak utama turun ke lokasi terjejas untuk mengambil sampel dan berdepan konflik untuk menyelesaikan masalah. Walapun ada sesetengah pembaca mengatakan ianya cerita klise namun lebih baik kita raikan kepelbagaian plot yang berbeza. Kita sama-sama mempelbagaikan bacaan dan melihat perspektif penulis yang berbeza-beza.
Saya sebenarnya sangat meminati genre disaster thriller. Namun, tanpa menafikan genre thriller yang lain juga menyeronokkan untuk ditulis. KOD adalah karya thriller kedua. HUJAN RINTIK-RINTIK, ANGIN BERGELORA adalah karya thriller pertama yang saya hasilkan dengan sub genre psikologi. Ah, semoga saya dapat menghasilkan solo daripada kesekian cerpen-cerpen ini. Namun, saya berharap suatu hari nanti karya-karya thriller yang dihasilkan oleh saya berlegar-legar di pasaran bersama genre yang lain. Terlalu banyak senarai manuskrip bergenre thriller untuk dijadikan sebuah naskah yang boleh dipegang. Kadang-kala saya terkilan kerana banyak kekangan.
Antara karya thriller yang pernah diterbitkan ialah
1) Hujan Rintik-rintik, Angin Bergelora. [thriller-psiko]
2) Vape [thriller-disaster]
3) Obses [thriller-psiko]
InsyaAllah, ada banyak lagi subgenre yang saya ingin padankan dengan genre thriller. Cuma saya mengharapkan kesihatan yang bertambah baik dan idea yang mencurah-curah. Amin.
Saya berharap, semua berada dalam keadaan baik-baik dan sentiasa menjaga keselamatan dari wabak terbaru ini. Kurangkan aktiviti dikeramaian dan berwaspada.

0 comments