HEARTBREAK | THE SADDEST MOVIES
February 10, 2020
Dua hari berturut-turut menonton filem yang berlatarkan kisah jenayah kekerasan terhadap wanita benar-benar meruntun hati saya. Sebuah delima perempuan dan wanita menghadapi kemelut emosi dan harga diri. Menuntut sebuah keadilan dalam kehidupan tanpa pembelaan. Kisah ini meragut lena dan ketenangan. Menggongcang kepercayaan wanita terhadap institusi kekeluargaan dan mendatangkan trauma jangka panjang.
Kisah Han Gong Ju dikatakan diinspirasikan daripada kes Miryang Gang Rape yang berlaku pada tahun 2004. Kes disebut tentang seorang gadis berusia 14 tahun yang diperkosa oleh 41 orang lelaki selama 11 bulan. Hal ini memeranjatkan kerana berlaku dalam tempoh yang lama. Kemudian gadis ini membawa sepupu dan adiknya yang masing-masing berusia 16 dan 13 tahun. Namun, hanya sepupunya diperkosa dan adik mangsa mengalami gangguan sexual sahaja. Kes ini juga membuka peristiwa lain tentang pemerkosaan mangsa berbeza. Mangsa adalah anak dari keluarga yang bercerai berai. Bapanya seorang kaki botol.
Manakala Don't Cry Mommy tentang mangsa (Eun-ah) yang hidup bersama ibunya (Yoo-lim) selepas diceraikan. Mangsa menemui seorang pelajar lelaki yang diminatinya di atas bumbung sekolah. Mangsa diperkosa dan dirakamkan peristiwa itu untuk tujuan koleksi dan peras ugut. Mangsa membunuh diri dan ibunya membalas dendam dengan cara sendiri kerana mahkamah tidak berpihak kepada mangsa.
Dasyat dan zalim. Dalam The Little Baby Jaya (2017), seorang lelaki (Won-sool) yang menderita cerebral palsy menuntut bela terhadap kematian anaknya (Jaya) dengan cara sendiri yang dibuli dan diperkosa. Masalah sesetengah masyarakat berada yang sombong dan kejam. Allahuakhbar....
![]() |
(Number of arrests for sexual assault in South Korea from 2011 to 2018) |
MOM mengisahkan seorang ibu (Devki) yang membela atas nasib anak tiri (Arya) yang diperkosa oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab selepas ajakan pemuda-pemuda di pesta hari kekasih ditolak secara terbuka. Charles, Mohit, Jagan dan Babu melakukan jenayah kekerasan dan Arya dicampakkan ke tepi jalan dan ditemui hampir mati. Akibat bukti tidak kuat, penjenayah terlepas namun Devki tidak berputus asa dan membalas dendam untuk anak tirinya.
![]() |
(Sumber: Rape Static By Country)
Klik di link atas untuk melihat statistik jenayah yang dilaporkan.
|
Jenayah ini berlaku di seluruh dunia namun khas di Malaysia sehingga kini jumlah membabitkan pelajar semakin meningkat. Sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2018, sebanyak 480 kes rogol dilaporkan dan jumlah itu meningkat kepada 491 kes bagi tempoh sama tahun ini. Daripada jumlah itu, 168 kes pada 2018 membabitkan pelajar dan statistik terkini menunjukkan peningkatan kepada 194 kes sehingga Oktober lalu. (Sumber: bharian)
Setiap data pemerkosaan yang saya lihat benar-benar membuatkan saya semakin berhati-hati dengan dunia yang sangat zalim dan mempergunakan wanita. Namun, saya menyeru setiap wanita yang mempunyai masalah berkaitan gangguan seksual dan menjadi mangsa jenayah ini, segera mendapatkan bantuan dan jangan bertindak sendirian. Empat filem ini patut ditonton dan jadikan ia sebagai pengajaran dan menjadi wanita berani untuk mempertahankan diri. Dunia yang semakin tenat adalah amaran terbaik buat anda untuk sentiasa berjaga-jaga. Kita sebagai wanita harus menjaga diri dan mengelakkan sebarang konflik apabila dirasakan akan berlaku ancaman. Hubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

POLIS MALAYSIA
0 comments