TRAFFIC TO YOUR BLOG
March 24, 2021![]() |
Gabrielle Henderson on Unsplash |
1. Backlinks
Backlink ialah menamai sebuah pautan atau link yang mengarah ke website kita. Google menggunakan backlink sebagai ranking signal kerana apabila website link dengan website lain, mereka percaya pengisian blog itu noteworthy. Backlink yang tinggi akan membantu meningkatkan ranking position and visibility in search engine results (SEO) dan membantu strategi mengembangkan website/web log kamu. Pelajari konsep backlink untuk memudahkan anda kelak.
2. Facebook
Hakikatnya dulu saya bukanlah orang yang menyukai social media. Rakan-rakan saya semuanya mempunyai Facebook. Saya tidak peduli dengan kecanggihan zaman moden ketika itu. Saya rasa tidak penting. Sehingga saya terpaksa membuat FB kerana saya perlu mengambil gambar dari aktiviti kursus didalam FB rakan sekuliah.
Kini, mungkin sayalah yang paling banyak memiliki acc socmed >.<. Tuntutan kerja yang membuatkan saya mewujudkan banyak pilihan kepada pembaca untuk mengikuti aktiviti saya. Saya melakukan promosi di tempat sesuai dan meninggalkan link blog.
3. Quora
Platform yang akan memberikan traffic yang banyak ke site anda. Jika anda tidak ada topik untuk blog anda, boleh cari ilhan di sini. Sediakan jawapan kepada soalan penyoal dengan menghubungkan site anda. Quora menerima berjuta-juta traffic setiap bulan dan dipenuhi golongan yang ingin meminta bantuan. Untuk mengelakkan kamu di banned kerana dianggap 'spam', campurkan soalan dan link ketika komen di post penyoal. Boleh juga membuat pos baru dan membuat sambungan bacaan di website.
4. Reddit
Sama caranya dengan Quora. Traffic di Reddit juga sangat tinggi kerana menerima jumlah kemasukkan pelawat yang banyak.
5. Instagram
Hampir semua orang mempunyai Instagram. Malah ada yang tidak menggunakan FB dan lebih suka menggunakan IG. Sediakan IG hanya untuk website anda. Harus kelihatan professional supaya menarik traffic ke website anda. Pos setiap hari dan pastikan pelawat menekan link yang anda sambungkan ke website.
6. Pinterest
Saya akui, ini adalah tempat kegemaran saya sekarang. Pinterest menerima traffic yang sangat tinggi yang sebenarnya akan membantu anda mendapatkan traffic ke website anda. Jika anda mempunyai kemahiran menyediakan imej, letak imej di Pinterest. Pelawat sendiri akan menekan klik imej dan menarik mereka masuk ke website anda.
7. Yahoo Answer
Sama seperti Quora dan Reddit. Berikan bantuan jawapan yang mempunyai nilai dan bukan semata ingin spam pengguna.
8. TikTok
App yang mendapat perhatian pada ketika ini. Sangat mudah mendapatkan follower buat masa ini dan sediakan pelbagai jenis content menarik dan tarik mereka untuk melawati media sosial ataupun ke website anda.
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Itu saja buat masa ini. Namun pesan saya, membina sebuah perniagaan bukanlah jalan yang mudah. Fahami bagaimana algorithm bergerak membantu anda meningkatkan traffic secara percuma. Selamat maju jaya.
Nota Syasya
7.22PM
0 comments