­

MENTOR

March 26, 2021

Patrick Tomasso on Unsplash

Hello there! Sesuai tajuk pada hari ini, saya akan kongsikan siapakah mentor saya dalam dunia penulisan. Pada awal penglibatan dalam industri ni, sejujurnya saya tidak belajar menulis daripada sesiapa. Saya terjun terus ke dalam industri ini dengan tekad yang luar biasa. Saya habiskan beberapa tahun untuk menyiapkan sebuah manuskrip bergenre cinta. Hasilnya, karya itu ditolak oleh penerbit.


Tanpa putus asa, saya menyambung penulisan manuskrip baru yang sebenarnya ditulis serentak dengan manuskrip yang ditolak tadi. Saya mengambil masa lima tahun untuk menyelesaikannya. Beberapa masalah berlaku dan sebenarnya sudah cukup alasan untuk saya berhenti menulis. Namun, hasil tidak akan mengkhianati usaha. Karya itu dilamar untuk diterbitkan. Alhamdullilah. Walaupun menunggu giliran terbit agak lama. Itulah karya OBSES.


Sementara menunggu manuskrip solo diterbitkan. Saya diminta menulis karya bergenre seram iaitu MALAM OGOS. Karya novelet ini adalah titik berlakunya perubahan lebih teliti dalam gaya bahasa. Disebabkan MALAM OGOS diterbitkan dan dibaca dahulu sebelum OBSES, expectation pembaca terhadap OBSES semakin besar. Sedangkan proses menyiapkan MALAM OGOS berlaku selepas OBSES. Anda boleh menekanya. Kritikan terhadap OBSES juga sudah dijangka. Malah saya sendiri sangat berdebar untuk mempromosikan OBSES. Kerana saya sebagai penulisnya sudah menjangkakan pengalaman ini.


BACA POST: MALAM OGOS


Walaupun ketua editor sudah memberikan respon bahawa karya OBSES ditulis dengan baik, saya semakin anxious. Ketika menghasilkan OBSES sehingga berjaya diterbitkan, saya melakukan pembelajaran sendiri dengan menjadikan novel-novel penulis berpengalaman sebagai rujukan. Saya catat alur cerita, teknik dan sebagainya. Saya menghabiskan banyak masa di depan komputer dengan melakukan lebih banyak latihan menulis. Saya mahu menjadi orang yang berdaya saing. Namun, saya masih ragu kepada diri sendiri.


Keraguan itu saya bawakan kepada salah seorang mentor saya iaitu abang RAM.


#ASK: Siapakah mentor Syasya dalam bidang penulisan dan kenapa?


◦•●LOΌNA●•


RAMLEE AWANG MURSHID


Adakah pembaca akan terima genre yang kurang popular iaitu genre romance thriller? Jawapan beliau membuatkan saya menyedari bahawa tiada apa yang patut saya risaukan dan sebenarnya genre romance thriller itu sendiri disukai oleh ramai pembaca cuma saya sangat risau dengan respon pembaca tegar thriller.


Beliau menyatakan bahawa tidak perlu risau untuk melakukan apa yang kita mahu. Jika genre itu tidak familiar di Malaysia, kitalah yang memulakan dan mempunyai golongan pembaca genre itu dahulu. Semenjak itu saya tidak takut untuk mencuba genre ini. Sedikit nasihat sudah cukup memotivasikan saya. Belaiu menggalakkan saya untuk terbit lebih banyak karya setiap tahun.


Saya ikuti kelas beliau. Satu kegembiraan untuk saya belajar daripada beliau, seorang penulis yang sangat berpengalaman tentang penulisan. 



ZAIFUZAMAN AHMAD

 

Saya membebaskan diri saya untuk menuntut ilmu dari pelbagai mentor. Bagi saya setiap penulis ada pengalaman berbeza yang boleh saya pelajari. Abang Zaifu diibaratkan sebagai along kepada rakan-rakan penulis yang lebih muda daripadanya. Saya kerap menghubungi beliau lewat mesej untuk mendapatkan pandangan beliau pada suatu ketika. Seorang yang ramah dan sangat mengambil berat tentang penulis lain. Terutama kami penulis-penulis dibawah satu penerbitan dengannya suatu ketika dahulu. Malah masih bekerjasama sehingga kini.


Apa yang saya sukai tentang karya beliau ialah graf penulisannya konsisten. Gayanya penulisan ringkas dan kemampuan beliau menulis sangat laju sehingga saya berasa kagum kerana tentangan besar penulis ialah masa. Jika anda mempelajari prinsip penulisan yang baik, salah satunya ialah menulis dengan bahasa ringkas kerana mudah difahami oleh pembaca.

 

Ini karya terbaru beliau untuk tahun 2021.



J.K ROWLING


Boleh saya ibaratkan beliau sebagai mentor secara virtual? Walau tidak pernah berhadapan satu sama lain, namun ilmu penulisan beliau banyak dipaparkan secara talian dimerata website. Saya mempelajari teknik penulisan beliau semampu saya boleh melalui buku-buku beliau. Agak mudah untuk saya fahami kerana saya sudah membiasakan diri sejak awal untuk belajar melalui novel penulisan orang lain.

 

Teknik yang paling saya sukai ialah teknik red herrings atau false clues. Kerana story telling saya begini dalam genre misteri, thriller dan seram, saya menjadikan J.K Rowling sebagai mentor. Beliau adalah salah seorang master dalam teknik ini. Teknik ini tidak mudah untuk direka kerana ia berada di atas garisan visible dan invisible.


◦•●LOΌNA●•

Semua penulis mengajarkan satu hal kepada saya iaitu menulis adalah tentang struktur. Bagaimana pentingnya membuat perancangan. Ditambah lagi jika karya itu karya bersiri dan melibatkan universe penulis yang sangat besar.

 

Selain daripada 3 mentor ini, saya juga meminta nasihat penulisan daripada penulis lain. Antaranya Ebriza Aminnudin. Beberapa orang penulis antarabangsa sering menghantar email kepada saya tentang tip tip penulisan. Sudah tentu saya mengikuti website mereka. Di sini saya belajar dan bukannya meniru. Saya sentiasa bereksperimen dengan penulisan saya. Setiap penulis ada style mereka sendiri dan saya juga mencari identiti saya dalam beberapa tahun sehingga saya menemuinya.

 

Clark Tibbs on Unsplash

Di sini juga saya belajar untuk tidak takut menjadi gagal. Passion adalah sesuatu yang harus sentiasa diperjuangkan. Mereka antara penulis-penulis sepenuh masa yang masih bertahan sehingga hari ini dan menjadi lagenda dalam genre mereka.

 

Nota Syasya

 9.20 PM

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe