MEMBANGUNKAN DRAF: CRITICAL, ANALYTICAL & CREATIVE THINKING

April 20, 2021

Hello there! Topik hari ini sangat penting bagi saya dan mana tahu saya dapat memberi anda sedikit gambaran ketika saya mengusahakan draft. Ya, setiap penulis ada cara mereka tersendiri ketika memulakan proses penulisan. Saya juga begitu. Kalau sebelum ini saya ada mengatakan bahawa saya tidak membuat draft dan terus menulis di lembar word namun hanya ketika menulis cerpen. Jika novelet dan novel, saya menggunakan draft kerana plot yang panjang harus mempunyai susunan cerita yang lebih teliti dan terarah ke haluan yang betul. Sedangkan cerpen, saya hanya memerlukan satu konflik dan beberapa watak saja. Maka tidak memerlukan rangka. Cukup susunan plot di dalam fikiran saya. 

Daria Nepriakhina on Unsplash

Aa, hari ini saya mendengar lagu Pretty On The Inside. Lagu tentang insecure. Namun, saya tidak mahu kamu seperti itu ya. Harus sentiasa berkeyakinan dengan apa jua yang kamu lakukan. Jangan meletakkan atau membina 'tembok' dihadapan kamu. Jika sudah ada halangan itu, robohkan ia :). Kamu pasti boleh. 

Oh ya. Kemungkinan saya akan kurang berada di sini kerana tuntutan penulisan yang memerlukan fokus yang lebih. Ketika membangunkan draft, itu adalah waktu kritikal saya untuk membina cerita. Sebelum saya menarik diri sebentar untuk fokus kepada penulisan, saya akan kongsikan bagaimana saya membina plot ketika membuat draf manuskrip. Ada banyak sudut boleh dikupas namun saya bicarakan tentang cara berfikir dalam membangunkan draf manuskrip.

Bagi saya, ini seperti sebuah resepi lengkap dalam masakkan. Semuanya diperlukan untuk menghasilkan sebuah naskah yang baik. Setiap bahan yang dimasukkan ke dalam resepi manuskrip yang baik harus melalui pertimbangan melalui proses pemikiran. Saya bahagikan kepada tiga.

1. PEMIKIRAN KRITIS 

Lou Levit on Unsplash

Kita sedang berada dalam proses mencari dan menilai kriteria yang tepat untuk diserapkan ke dalam mansukrip. Penulis dapat mengesan dimana kekurangan dan kelebihan dalam penulisannya kerana kritikan penulis sendiri. Kebolehan ini membantu menambah baik idea didalam manuskrip.

Ketika merancang plot, kita turut menyediakan permasalahan dan penyelesaian. Dalam proses itu kita mahu pembaca memahami subjek secara berperingkat mengikut kawalan penulis. Menulis adalah kecenderungan mengekpresikan cara berfikir dan membaca adalah bahagian memahami apa yang sedang difikirkan penulis. Pada ketika merancang penulisan itulah penulis harus berhati-hati ketika menyampaikan pemikirannya kerana pemikiran itu perlu mempunyai sokongan untuk mengukuhkan penilaian kamu.

Pendek kata, di dalam draft manuskrip perlu ada 6 bahagian yang penulis harus fikiran secara kritikal. Basic to advance.


Bahagian Pertama: REMEMBER: 4W  1H, apakah faktanya?

Who? What? Where? When? How?


Bahagian ke-2: UNDERSTAND: Apa yang kamu tahu tentang fakta tersebut?

Boleh kamu jelaskan? Apa maksud kamu? Berikan contoh? Apakah hurainnya?


Bahagian ke-3: APPLY: Bagaimana fakta memberi kesan kepada kamu/plot?

Cara apa perlu kamu lakukan untuk menyelesaikan masalah? Apakah kemungkinan berlaku jika...? How would you use...?


Bahagian ke-4: ANALYZE: Apakah hubungan antara fakta?

Kenapa kamu fikir begitu? Apa motifnya? Apa kesimpulan kamu?


Bahagian ke-5: EVALUATE: Adakah kamu setuju atau tidak dengan fakta tersebut?

Adakah lebih baik jika...? Kenapa kau berfikir seperti itu? Apa saranan kamu?


Bahagian ke-6: CREATE: Apa yang kamu akan reka atau memperbaiki fakta itu?

Apa akan terjadi jika...? Boleh kamu kaitkan setiap alasan...? Apa akan terjadi jika...?


2. PEMIKIRAN ANALITIK

Green Chameleon on Unsplash

Pemikiran analitik ini membantu proses pengumpulan fakta, membuat analisis sehingga mendapat sebuah kesimpulan yang betul dan tepat. Bagaimana dengan penulis fiksyen yang bermain dengan info rekaan atau tidak wujud sebagai bahan membangunkan plot? Penulis fiksyen juga memasukkan banyak info benar melalui pengumpulan bahan bacaannya daripada kajian para penyelidik. Walau penulis fiksyen mencampur adukkan fakta dengan bahan imaginasi kreatifnya, bagi sesetengah pembaca mungkin tidak terfikir bahawa itu adalah rekaan (boleh kita fahamkan sebagai teori penulis sendiri) yang dikembangkan berdasarkan satu sumber fakta benar yang dibaca si penulis. Itu pentingnya penulis harus mempamerkan bahan rujukan sama ada di belakang novelnya atau dicapaian lain supaya pembaca lebih faham bahawa ianya boleh dipertimbangkan sebagai fiksyen atau rekaan walaupun novel itu sendiri sudah diketahui oleh pembaca bahawa bahan bacaannya dikategorikan sebagai bahan bacaan fiksyen.

Pengalaman saya sendiri apabila ada pembaca yang menganggap info yang saya selitkan didalam novel saya beberapa tahun lalu sebagai hal yang benar sehingga saya harus menjelaskan ianya sebuah rekaan. Ya, sebenarnya ia satu bukti bahawa pena ini amat berpengaruh dalam membentuk pemikiran manusia kerana itu penulis harus menjadi seorang yang bertanggunggjawab. Ini juga membuktikan bahawa walaupun karya itu 100 peratus rekaan, penulis masih memerlukan pemikiran analitik kerana fungsinya untuk menjadikan cerita itu nampak 'logik' berhubung antara rantaian plot untuk diterima pembaca.

Jika bahan penyelidikan yang saya gunakan terlalu kompleks, saya hanya mengambil asas yang mudah difahami pembaca saja kerana saya tidak mahu pembaca berfikir novel saya sebagai buku teks. Namun, jika penulis berkemampuan mengadunkan fakta benar daripada A hingga Z didalam sebuah cerita rekaan dengan harmoni, ia keupayaan yang luar biasa kerana ia boleh mempengaruhi kualiti hidup. Bebanan kerja menulis boleh menjadi aset atau liabiliti dimasa akan datang. Tekanan sangat kuat. Anda harus melaluinya sendiri untuk memahami maksud saya ini.

Manuskrip akan memakan masa yang lama disiapkan kerana extra kerja mengulang baca dan mengupah orang yang mahir dalam bidangnya untuk memastikan semuanya betul sebelum diterbitkan. Banyak kerja ya? Kerana itu saya sering mengatakan hal yang sama bahawa tempoh menyiapkan manuskrip tidak sama antara penulis kerana asbab tersendiri. Maka, jika ditanya apakah tempoh yang tepat untuk menyiapkan sebuah manuskrip? Ia terpulang kepada penulis.

Namun, saya tabik kepada penulis yang manuskripnya siap dengan cepat dan kualitinya terjaga kurang cacat cela.

Jika saya penulis non fiksyen? Sudah pastinya apa yang kamu tulis berlandaskan fakta sahaja. Bermula daripada mengumpul fakta, menganalisis, mengaitkan semua fakta untuk menghasilkan kesimpulan yang TEPAT. Namun, orang yang berasa berfikiran logik biasanya akan melihat pemikiran orang lain tidak logik jika pendapat mereka tidak sama kerana masing-masing berbeza sama ada mahu atau tidak menggunakan emosi/intuisi dalam membuat keputusan. 

Ya, bagaimana melatih pemikiran analitik? Ya, banyak dan ia berlaku dalam aktiviti harian kita juga. Misalnya melihat program pendidikan. Membaca atau melakukan ativiti menyelesaikan masalah seperti teka-teki, matematik dan sebagainya. Saya suka bermain catur. 


3. PEMIKIRAN KREATIF

Mathew Schwartz on Unsplash

Proses ini juga menduga. Kita harus berimaginasi dengan baik supaya ketika kita dapat merealitikan ia dalam bentuk penulisan, Pemikiran kreatif ini juga membentuk pemikiran kritikal. Kamu harus menjadikan semuanya sangat fit didalam sebuah cerita. Perkembangan watak, hubungan sesama watak, setting dan sebagainya harus kena pada tempatnya dalam pembinaan jalan cerita. Semuanya harus masuk akal (walaupun fiksyen) dan tidak tergopoh gapah. Perkembangan plot harus baik dan kemas sehingga penghujung cerita.

Ya, tahap kemahiran penulisan seseorang juga mempengaruhi proses ini. Untuk membantu melatih kemahiran menulis salah satunya harus ada draft yang baik. Draft itu adalah lembaran planning kamu. Secara tidak langsung kamu memaksimakan penggunaan otak kerana harus berfikir. Di hari lain saya akan tunjukkan antara contoh-contoh draft yang pernah saya buat. 

Semoga saya dapat memberi gambaran kepada anda. Semua proses ini boleh membentuk kamu menjadi penulis yang unik, sekurang-kurangnya menjadikan kamu penulis yang baik.

Nota Syasya,
20 April 2021, 3.23 PM
Ramadan 8

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Popular Posts

Featured Post

PRINSIP SYASYA DE LUNA KETIKA BERKARYA

Hello, readers. Ketika sedang membelek laman sosial, ada content creator membuat video yang meminta kita screen shoot quote dan itu akan men...

Subscribe