RAHSIA ILHAM SYASYA DE LUNA
March 16, 2021Hello readers. Ketika menulis pos ini, permandangan diluar sangat indah. Hujan turun sangat lebat. Ini membuatkan saya lebih bersemangat dan nyaman untuk berkongsi rahsia ilham yang paling banyak ditanya. Sebenarnya ia bukanlah rahsia. Seperti penulis lain, saya juga seperti itu. Idea-idea saya juga ada yang biasa dan klise. Apapun, yang saya akan pesan kepada mereka yang ingin stand out dengan idea anda, usaha tangga kejayaan. Boleh baca catatan saya yang terdahulu dan ikuti kemaskini di blog ini.
Hari ini saya mendengar koleksi lagu-lagu ost Hotel del Luna.
#ASK: Pada kebiasaannya, dari manakah atau bagaimanakah Syasya mendapat ilham atau idea untuk penulisan buku? (Kelab Pendita, UUM)
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Inilah cara saya mendapatkan 100 idea sepanjang saya terlibat dalam dunia penulisan. Sehingga hari ini pun saya masih tidak percaya dengan usaha mengumpulkan idea ini. Mungkin saja idea akan terus bertambah kerana adakala saya mendapat projek bertema dan perlu mencari idea baru.
1. PEMBACAAN
Seperti yang saya selalu sebutkan. pembaca tidak boleh mengehadkan pembacaan. Seperti kamu menulis hanya semampu satu muka surat satu hari, kini boleh mencapai ribuan patah perkataan tanpa masalah. Begitu juga kemahiran berfikir. Kamu memerlukan asupan baru yang sentiasa diperbaharui dan ditambah. Setiap kali kamu membaca, secara tidak sedar kamu sendiri bakal membina sebuah plot baru di kepala. Memori-memori yang terakam akan menjana kisah lain. Kerana itu kita sering kali mendengar penulis mengatakan bahawa karya-karyanya adalah inspirasi kepada sekian sekian kerana aktiviti membaca.
Antara tempat saya selalu kunjungi ialah Quora. Saya menyukainya kerana saya dapat membaca catatan pelbagai jenis manusia dari pelbagai latar belakang. Saya membenarkan otak saya untuk mempelajari manusia. Kerana subjek saya adalah manusia maka saya sering mendekati topik-topik berkisarkan mbti. Iaitu personaliti orang.
Jika saya inginkan hiburan sambil mencari inspirasi, saya akan melawat website yang berunsur komik kerana saya juga sukakan lukisan komik. Jika diawal penglibatan dalam dunia penulisan, saya membaca novel secara rambang saja. Namun, saya sudah mulai memilih kerana saya ingin membaca karya yang berkualiti. Saya adalah penulis yang belajar menulis melalui novel orang lain. Saya tidak masuk ke kelas penulisan berbayar. Satu-satunya kelas menulis yang saya sertai ialah kelas Ramlee Awang Murshid. Itupun secara percuma kerana ketika itu saya adalah penulis dibawah naungan penerbitan yang sama dengan abang RAM.
Saya ada menyertai komuniti penulis namun hanya diawal kerjaya penulisan. Pada akhirnya saya memilih untuk belajar dari novel orang lain. Dari novel orang lain saya belajar menyusun plot, tatabahasa dan sebagainya.
Tidak dilupakan buku ilmiah. Walaupun cerita yang kita reka adalah fiksyen, sekurang-kurangnya kita mempelajari sedikit sebanyak tentang bahan yang ingin kita gunakan. Tujuannya nanti kita dapat membimbing pembaca (Ada pembaca yang percaya bulat-bulat dengan imaginasi penulis sedangkan itu hanya rekaan. Adapun ia tidak wujud. Maka perlu ada bimbingan untuk kumpulan ini).
Ketika menghasilkan solo Lambaian Bulan, antara tempat yang menjadi sasaran untuk pengisian plot cerita saya ialah website Nasa, pusat perubatan dan banyak link yang saya tekan sehingga membawa ke lokasi-lokasi website yang pelbagai dan ianya membantu saya menambah idea. Journey itu juga membawa saya ke potensi cerita baru sehingga terkumpulnya pelbagai idea.
2. MELIHAT
Jika saya menonton filem atau drama, saya mahu belajar teknik movie camera yang akan digunakan ke dalam novel. Saya ingin pembaca membaca karya saya seolah-olah mereka sedang menonton Neflix. Jika penulis terinspirasi daripada filem dan drama tidak menjadi masalah asalkan bukan salin semula cerita menjadi novel. Namun, saya akui cerita salin semula ini mendapat jualan tinggi. Paling mudah dapat idea. Tak perlu fikir banyak. Ambil saja idea orang lain. Namun, adakah kita mahu dikenali sebagai penulis yang menghasilkan karya dengan menyalin semula cerita daripada filem, drama atau karya orang lain?
Biasanya saya juga suka menonton dokumentari. Jika saya rasa maklumat itu boleh dimasukkan ke dalam novel, saya akan catat untuk rujukan akan datang. Melihat vlog kehidupan orang juga okey. terpulang apa saja yang ingin ditonton.
Saya juga sentiasa melakukan pemerhatian. Tidak kira subjek itu adalah orang, haiwan, gambar atau pemandangan. Pendek cerita, apa saja yang boleh dilihat menjadi calon idea.
3. MENDENGAR
Saya suka mendengar podcast. Content seram, thriller, cinta dan psikologi sentiasa bermain di ruang pendengaran. Antara podcast yang saya suka ialah Malam seram (KChampion), The Prolific Author (Liesel K.Hill), Rintik Sedu (RintikSedu), Couples Theraphy with Candice and Casey dan banyak lagi. Apa yang saya suka dengar itulah sumber inspirasi saya.
Saya juga suka mendengar cerita orang-orang tua. Mereka saksi hidup yang ada pada zaman itu. Walau banyak versi saya tidak memilih. Kerana semua itu calon idea.
4. BERMIMPI
Sejak kebelakangan ini saya jarang bermimpi. Ditambah lagi, agar sukar mengingati dengan jelas setiap mimpi setelah bangun dari tidur (melainkan mimpi yang berulang-ulang). Sehinggalah suatu hari saya terjaga dari tidur dan spontan menulis semula jalan cerita dengan segera di atas sebuah kertas kerana tidak lama selepas itu saya akan lupa. Saya menyedari mimpi saya itu boleh dijadikan idea. Lebih kurang 10 idea yang berkualiti daripada mimpi yang saya perolehi akan saya jadikan siri. Untuk tahun 2021, hanya satu saja mimpi yang saya dapat. Tahun 2020 paling kerap kerana ada cerita disebaliknya. Lain kali akan saya ceritakan.
◦•●♚LOΌNA♛●•◦
Apa yang membezakan setiap penulis adalah cara penulis mengadun cerita. Kamu menjadi unik dengan gaya tersendiri. Pesan saya juga, jangan menghadkan kemampuan kamu demi sesuatu. Contohnya, kamu mahu dikenali sebagai penulis yang hanya menghasilkan karya tentang satu genre sahaja. Di situ saja kamu sudah memotong separuh perkembangan kamu. Kita tidak tahu, karya mana yang akan mengangkat nama kamu. Ada salah seorang kenalan penulis yang saya kenali hanya menulis genre cinta. Karyanya kurang mendapat sambutan. Sehinggalah beliau menambah satu lagi genre dalam penulisannya iaitu seram. Buku seterusnya sehingga hari ini sentiasa laris.
Apapun, semua ilham saya adalah milik Allah. DaripadaNya saya meminta.
Nota Syasya,
7.31 PM
0 comments