![]() |
| Ihor Malytskyi on Unsplash |
"Ohsem. Subjek dia vape (rokok elektronik). 4 gaya cerita yang berbeza dengan subjek yang sama. 4 kisah thriller yang ohsem. Gabungan penulis yang mantap. Rating keseluruhan 4/5." Sha Mohamed
"Kod karya Syasya juga kisah yang punya jalan cerita menarik. Saya juga lebih gemar kalau cerita ini dijadikan sebuah novel penuh. (4 bintang)." Que Razali
"Congrats korang. Mmg best. Tak sangka VAPE boleh diterjemah dlm thriller novel. Salute korang. 5 stars utk korang. Keepi it up." Wani Wiza
![]() |
| Ihor Malytskyi on Unsplash |
Hello there! KOD adalah salah satu karya didalam projek thriller ini. Ia juga merupakan karya thriller ketiga saya yang pernah diterbitkan. Ya, novelet. Ini merupakan cabaran buat saya untuk menyiapkan karya genre thriller aksi. Bermula saat menulis kisah ini, saya dibantu berilham daripada pendapat penulis-penulis otai dan hasil selidik maklumat. Dengan mempertaruhkan KOD, saya mengharapkan pembaca dapat menerima karya ini didalam genranya. KOD membawa anda bersama-sama menjejak kezaliman dunia jenayah.
Biasanya bagi genre thriller, antara sub-genrenya ialah
- Psychological thriller
- Action thriller
- Crime thriller
- Political thriller
- Mystery thriller
- Spy thriller
- Legal thriller
- Science fiction thriller
- Conspiracy Thriller
- Disaster Thriller
- Eco-Thriller
- Forensic Thriller
- Religious Thriller
- Medical Thriller
- Romantic Thriller
- Techno-Thriller
- Supernatural Thriller
Karya KOD mempunyai sub-genre aksi, sains dan eco. Namun, untuk lebih mudah saya mengkategorikan ia bergenre thriller.
Saya bercita-cita untuk menerbitkan manuskrip solo thriller lagi selepas OBSES. Hanya tunggu berita baik dari saya.
Nota Syasya
4.08PM











